JEAN PAUL GAULTIER SCANDAL POUR HOMME LE PARFUM FOR HIM
Saya sukakan haruman yang mengandungi geranium kerana bagi saya geranium sangat segar dan mendamaikan baunya, dan itu juga menjadi salahs atu alasan mengapa saya menggemari haruman ini. Haruman ini tampil dalam botol yang sangat eksentrik dan unik, sekaligus mengekalkan imej haruman Jean Paul Gaultier yang sering saja hadir dengan idea botol yang luar dari kebiasaan. Haruman ini dibangkitkan seri aromanya dengan campuran biji tonka dan juga kayu cendana. Haruman ini saya simpulkan sebagai sebuah haruman yang penuh dengan imej sofistikated dan sangat menggoda. Jika kekasih anda seorang yang seksi, hadiahkanlah dia haruman ini.
Jean Paul Gaultier Scandal Pour Homme Le Parfum for Him RM493 (100ml) dan RM379 (50ml).