Stretch mark merupakan masalah kulit yang biasa dialami oleh ramai orang. Ini berlaku apabila kulit meregang secara tiba-tiba seperti berlaku semasa mengandung, pertumbuhan badan yang cepat atau peningkatan berat badan yang ketara. Walaupun stretch mark secara amnya tidak berbahaya dari segi perubatan, namun bagi sesetengah orang ia boleh menjadi punca kebimbangan kerana ia mengganggu penampilan kulit.
Stretch mark muncul apabila lapisan tengah kulit, dipanggil dermis, meregang lebih cepat daripada keanjalan kulit. Akibatnya, serat kolagen yang menyokong kulit rosak, membentuk garis merah atau putih yang kelihatan seperti parut pada kulit.
Jangan risau, EH! senaraikan 3 produk terbaik untuk merawat stretch mark:
1. Bio-Oil Skincare Oil
Minyak penjagaan kulit, Bio-Oil ialah produk pelbagai fungsi yang direka untuk memperbaiki penampilan kulit. Diperkaya dengan campuran bahan-bahan seperti Vitamin A dan E, minyak calendula dan minyak lavender, Bio-Oil membantu mengurangkan tanda-tanda regangan, parut, dan cela kulit.
Formula yang ringan dan cepat menyerap menjadikannya sesuai untuk muka dan badan. Bio-Oil juga memberikan kelembapan intensif, meningkatkan keanjalan kulit dan memberikan penampilan glowing yang sihat.
Dengan penggunaan konsisten, produk ini membantu mencapai kulit yang lebih licin dan lebih sekata.
Bahan Utama: vitamin A, vitamin E dan purcellin, chamomile, bunga matahari dan minyak lavender
2. Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion
Pilihan popular dan mesra bajet, Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion ialah produk penjagaan badan yang mengandungi mentega koko tulen untuk memberikan kelembapan dan keanjalan pada kulit.
Direka khas untuk wanita hamil, losyen ini membantu mengurangkan kesan regangan dengan merawat dan menganjalkan kulit. Formula terbaik dengan nutrien penting membantu mengekalkan kulit lembut dan aroma koko coklat yang tersendiri memberikan pengalaman yang menyenangkan semasa penggunaan dan menjadikan kulit berasa licin dan sihat.
Bahan Utama: mentega koko, mentega shea, minyak argan, vitamin E
3. Paula’s Choice RESIST Retinol Skin-Smoothing Body Treatment
Kaya dengan retinol dan antioksidan yang membantu menteksturkan semula dan menegangkan kulit, Paula’s Choice RESIST Retinol Skin-Smoothing Body Treatment mewujudkan permukaan yang lebih licin.
Selain merawat tanda-tanda penuaan kulit, produk ini direka untuk memberikan kelembapan, mengurangkan garis halus dan kedutan. Kandungan retinolnya membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, manakala bahan lain memberikan nutrisi dan perlindungan kulit. Dengan formula ringan yang menyerap dengan cepat, produk ini dapat memberikan hasil yang jelas dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan berseri.
Bahan Utama: retinol, vitamin C & E (antioksidan)