Teks : Razin Mohd
Mata yang galak dan menyerlah sudah jadi keutamaan dalam mendapatkan solekan yang sempurna. NARS tampil dengan maskara baharu buat palitan bulu mata yang lebih sempurna juga tahan lama.
Kalau bercakap tentang bulu mata yang melentik pastinya anda sudah bayangkan bulu mata palsu yang lebat, panjang dan melentik. Benar, aplikasinya memberi ilusi mata yang menyerlah namun pemakaiannya bukanlah suatu perkara menyelesakan. NARS hari ini tampil dengan NARS CLIMAX MASCARA yang mudah diguna juga memberi impak mata yang lebih galak dan bersinar, jadi anda tidak lagi perlu gayakan bulu mata palsu untuk hasil solekan menawan #NEVERFAKEIT !
#1 TIDAK AKAN CLUMPY DAN COMOT
Maskara yang berketul-ketul di bulu mata adalah satu mimpi ngeri buat wanita, bukan sahaja tampak tidak kemas tetapi memberi solekan kurang menyenangkan untuk dilihat. NARS Climax Mascara tampil dengan berus yang dihasilkan khas bagi menyalurkan maskara pada setiap helaian bulu mata. Ia menyaluti dari hujung akar dengan warna hitam yang gelap untuk dimensi yang lebih BOLD!
#2 FORMULA BAHARU BUAT MATA TAMPIL LEBIH MENYERLAH
Lash Moisture Complex di dalam rumusan maskara ini berfungsi untuk menyalurkan formula yang berkrim, lembut dan melentikkan bulu mata tanpa kesan comot. Tidak akan pernah anda jumpa maskara yang membuatkan bulu mata tampil lebih lembut, tidak berat dan keras selain NARS Climax Mascara.
#3 KERANA CHE PUAN JULIANA EVANS PUN MENGGUNAKANNYA
Kalau Che Puan Juliana Evans sudah membuktikannya sendiri anda tidak lagi perlu rasa ragu. Dia juga turut memberi tip tentang cara yang betul dalam mendapatkan Wide Eyes dan Cat Eyes! Maskara ini boleh didapati di butik atau kaunter NARS berdekatan bermula hari ini!