Rangkaian penuh Aesop Parsley Seed Skin Care
Dengan gaya hidup urban di kota menjadikan penjagaan kulit adalah satu rejim yang cukup penting. Udara yang tercemar setiap hari ditambah pula selaran matahari yang ekstrem, tentunya di penghujung hari kulit anda perlu bernafas dan dirawat sempurna. Pernahkah anda terfikir mengapa masalah kulit anda bagai tiada penghujungnya? Ini kerana anda tidak memberikan solusi yang betul. Bayangkan anda punyai masalah kesempitan wang, tetapi anda mengambil langkah untuk membuat pelaburan. Memanglah ia antara solusi yang bagus namun bukan lakukannya kala anda kesempitan wang. Apa yang anda perlu lakukan ialah berjimat dan menyimpan dahulu bukan? Samalah seperti penjagaan kulit, feed your skin with what it thirst. Sekiranya kulit anda kering, mulakan dengan penghidratan. Sekiranya kulit anda kusam akibat kesan persekitaran, rawatlah dengan bahan anti oksida! Bukan semata-mata memakai rangkaian pencerah. EH! Cuba 3 item dari rangkaian Aesop Parsley Seed Skin Care, dan apa yang boleh dirumuskan adalah L O V E !
1. Untuk perlindungan kulit selepas cucian
Parsley Seed Facial Cleanser
Selain membersihkan kulit, ia juga bertindak sebagai pengelupasan yang lembut dengan kehadiran bahan asid laktik. Menjadikan kulit lebih lembut dan bebas biji-biji halus akibat pori yang tersumbat. Rumusan minyak jojoba pula memesrakan tindak balas kulit yakni melembap sempurna permukaan kulit dari dalam. Untuk hasil yang efektif tuangkan sedikit pada tangan yang bersih dan lumurkan pada wajah yang lembap, kemudian urut sehingga leher perlahan-lahan. Untuk pengelupasan yang lembut biarkan seketika sebelum membilas dengan air. Dengan kandungan ektrak biji parsley, setiap cucian mampu memberi perlindungan dan keseimbangan lembapan pada kulit. RRP: RM135 (100mL), RM200 (200mL)
2. Untuk ton kulit yang sekata
Parsley Seed Anti-Oxidant Facial Toner
Menyalurkan dos anti-oksida yang maksimum pada kulit. Ia berupaya untuk menenangkan kulit serta membuat ton kulit lebih sekata. Hadir dengan formula yang cukup lembut membuatkan kulit tampil lebih cerah dan terhidrat sempurna. Kandungan teh hijau, witch hazel dan minyak biji parsley serta minyak lavender dan chamomile biru menjadikan penyegar ini kaya dengan bahan anti-oksida. Caranya cukup mudah hanya tuangkan sedikit pada tapak tangan dan tepek lembut pada kulit sehingga menyerap. RRP: RM140 (100mL), RM220 (200mL)
3. Untuk Melembut dan Melembapkan Kulit
Parsley Seed Concentrated Hydrating Serum
Serum pelembap yang berasaskan lidah buaya ini menghasilkan kelembapan yang cukup sempurna apabila digabungkan bersama bahan anti-oksida seperti minyak biji parsley dan Panthenol. Ia berupaya untuk melembutkan kulit dan melembap sempurna. Seeloknya digunakan selepas mencuci dan menyegarkan kulit menggunakan rangkaian yang sama. RRP: RM250 (100mL)