SK-II x White Rabbit’s New Limited Edition Design PITERA™ Essence
Banyak respon yang saya terima bila saya memuat naik video saya unbox dan mencuba SK-II Pitera Essence ini. Botol putihnya dengan imej arnab memikat hati. Ramai yang kata botol edisi terhad ini ‘cute’, sama dengan rasa manisnya gula-gula White Rabbit. Sempena Tahun Baru Cina ini SK-II berkolaborasi dengan jenama manisan ini. SK-II x White Rabbit’s New Limited Edition Design PITERA™ Essence kini boleh dimiliki dalam masa terhad sahaja, jadi cepat-cepatlah dapatkan kelalang comel ini dan tepuk-tepukan muka dengan air ajaib SK-II ini. Sapukan selepas wajah dibersihkan, dan lengkapkan rejim ini dengan sapuan pelembap dan krim tabir suria.
Dapatkan di SINI!