La Prairie Skin Caviar Liquid Lift, RM3,700
Penuaan itu pasti tapi pasti ada cara untuk melengahkan tanda-tandanya pada wajah. Kajian demi kajian dilangsungkan oleh saintis, dan di La Prairie manfaat yang dimiliki caviar bukan rahsia kerana ia sudah menjadi signature juga ‘penawar’ ikonik di rumah kecantikan ini. Serum yang satu ini dicipta untuk menengangkan wajah, biji-biji caviar memberi rasa sensasi saat diaplikasikan pada kulit muka dan berubah menjadi bahan penegang kulit. Apa bagusnya caviar untuk kulit? Secara amnya caviar itu mewah dengan antioksidan dan kita tahu antioksidan adalah manfaat penting untuk merawat kesan penuaan. Caviar juga bagus untuk mempersiapkan kulit melawan sinar UVA dan UVB selain melawan elemen atau anasir luar yang merosakan kulit. Ia juga bagus untuk mengelakkan penurunan kolagen dan keanjalan kulit.
Dapatkan di SINI!