Rahua® Classic Shampoo and Conditioner
Menggabungkan tujuh bahan hebat, syampu dan perapi klasik Rahua® antara yang ingin sekali saya cuba. Lima Bahan yang menjadi nadi utama kepada produk Rahua® ialah Rahua sendiri iaitu minyak yang diekstrak daripada pohon kekacang di Amazon, yang mana ia menguatkan rambut yang rosak, menyubur dan mengekalkan folikel rambut serta menyihatkan kulit kepala.
Ia juga mengandungi minyak Palo Santo yang juga dikenali sebagai ‘holy wood’, banunya menenangkan dan memberi pengalaman aromaterapi. Ditambah pula dengan quinoa, kelapa dan aloe vera organik. Syampu dan perapi ini juga mengandungi Teh hijau organik yang baik untuk melindungi rambut dan kulit kepala dari kerosakan yang berpunca dari Cahaya UV. Kehadiran daun raspbery pula baik untuk menyubur dan merawat rambut yang rosak. Rahua® Classic Shampoo RM159 (275ml) dan Rahua® Classic Conditioner RM169 (275ml). Boleh didapati di Kens Apothecary.