Love, Beauty & Planet
Saya suka dengan prinsip jenama ini, Love, Beauty & Planet mahu mengajak kita menjaga kecantikan rambut dan dalam masa yang sama Bahan yang mereka guna memelihara ‘kesihatan’ alam. Dengan prinsip #SmallActsOfLove, mereka cukup teliti dalam pemilihan inti pati yang mereka gunakan. Mereka percaya ‘looking good and doing good’ haruslah selari. Rangkaian produk Love, Beauty & Planet tidak mengandungi paraben, silikon, pewarna, phthalates, bahan-bahannya semula jadi, vegan dan bebas kekejaman.
Ia hadir dengan empat varian dengan fokus penjagaan berbeza. Lebih menarik, tidak terhad kepada produk penjagaan rambut semata, ia juga hadir dengan item penjagaan badan seperti gel mandian dan losen badan. Antara yang menarik perhatian saya ialah Tea Tree Oil. Sebagaimana yang sebahagian anda sedia tahu, tea tree oil memang banyak digunakan dalam penjagaan kulit khususnya dalam merawat kulit berjerawat. Dan bila ia turut digunakan dalam produk penjagaan rambut saya percaya ia sesuatu yang sangt menarik untuk dicuba. Dalam keadaan cuaca yang panas dan minda yang bercelaru efek kepada PKP, saya rasa penggunaan syampu dan perapi Tea Tree Oil ini mungkin membantu untuk kepala berasa lebih segar dan ringan. Antara produk lain yang boleh anda cuba ialah Coconut Water & Mimosa Flower (untuk rambut lebih volum dna kuat), Muru Muru Butter & Rose (untuk rambut yang diwarnakan) dan Argan Oil & Lavender (untuk merapikan rambut dari mengerbang). Love, Beauty & Planet boleh didapati di Watsons.