Lush Afro
Lush memperkenalkan lima produk baharunya yang didedikasikan untuk mereka yang berambut afro dan pastinya boleh juga digunapakai untuk sesiapa yang memiliki rambut keriting. Lebih menarik tentang himpunan ini Lush mengetengahkan Sarah Sango, iaitu pakar dalam penjagaan rambut afro untuk mengembangkan idea tentang rangkaian ini. Sarah sudah menyertai pasukan penjagaan rambut Lush sejak dua tahun lalu.
Kongsi Sarah, bahan-bahan yang digunakan di dalam produk ini banyak diinspirasikan daripada resipi keluarganya. “Saya seronok menghasilkan rangkaian ini, mencari idea dan mengembangkan ilham penghsilan produk penjagaan hinggalah kepada penggayaan rambut.” Sarah menghasilkan perapi dan produk penggayaan rambut untuk himpunan ini.