Concealer sepatutnya membantu menyamarkan lingkaran gelap dan membuatkan wajah kelihatan lebih segar. Namun, hasil solekan boleh jadi kurang kemas apabila produk mula berkumpul pada garis halus di bawah mata atau lebih dikenali sebagai creasing.
Masalah ini bukan semata-mata disebabkan oleh teknik solekan yang kurang tepat. Pemilihan formula dan persediaan kulit juga memainkan peranan penting. Jika anda sering berdepan masalah concealer yang mudah berkedut, empat tip ini boleh membantu menghasilkan kemasan yang lebih licin dan tahan lama.
1. Prep And Prime Sebelum Mengaplikasikan Concealer
Jangan terburu-buru menyapu concealer tanpa menyediakan kawasan bawah mata terlebih dahulu. Gunakan eye cream atau serum yang melembapkan untuk memastikan kulit kekal terhidrat. Biarkan produk menyerap sepenuhnya sebelum meneruskan rutin solekan.
Selain itu, elakkan menyapu foundation secara berlebihan pada kawasan bawah mata. Lapisan produk yang terlalu tebal boleh menyebabkan solekan berkumpul dan lebih mudah menghasilkan creasing.
2. Sapu Concealer Secara Strategik
Untuk mendapatkan hasil yang lebih kemas, gunakan concealer dalam kuantiti yang sedikit. Aplikasikan beberapa titik kecil pada kawasan yang memerlukan litupan, seperti lingkaran gelap atau bahagian yang ingin disamarkan. Tidak perlu meliputi seluruh kawasan bawah mata jika tidak diperlukan.
Elakkan juga menyapu concealer terlalu hampir dengan garisan bulu mata bawah atau waterline. Kawasan tersebut mempunyai garis semula jadi yang mudah menyebabkan produk berkumpul apabila wajah bergerak atau berkelip.
3. Cuba Teknik ‘Cook And Blend’
Selepas mengaplikasikan concealer, jangan terus menggabungkannya dengan kulit. Biarkan produk selama kira-kira 30 hingga 60 saat sehingga teksturnya sedikit melekit. Teknik ini memberi masa kepada concealer untuk melekat pada kulit sebelum proses blending.
Kemudian, gunakan damp beauty sponge atau berus kecil untuk menepuk concealer secara perlahan. Ratakan bahagian tepi ke arah luar supaya hasilnya kelihatan lebih sekata tanpa mengalihkan terlalu banyak produk daripada kawasan yang memerlukan litupan.
4. Kunci Concealer Dengan Teknik Yang Betul
Penggunaan setting powder boleh membantu memastikan concealer kekal pada tempatnya. Ketika menetapkan solekan, pandang ke arah siling supaya kulit bawah mata berada dalam keadaan lebih tegang. Ini membantu anda melihat garis halus yang mungkin menjadi tempat produk berkumpul.
Gunakan sedikit sahaja translucent powder atau setting powder dengan berus lembut atau damp powder puff. Tekan secara perlahan pada kawasan bawah mata dan elakkan menyapu terlalu banyak bedak kerana ia boleh membuatkan kulit kelihatan kering serta menonjolkan tekstur.
Cadangan Concealer Mengikut Jenis Kulit
Pemilihan formula concealer juga penting untuk mendapatkan kemasan yang lebih selesa dan tahan lama. Jika mempunyai kulit kering, pilih formula yang melembapkan dan mudah menyatu dengan kulit. Antara pilihan yang boleh dicuba ialah:
NARS Radiant Creamy Concealer

NARS Radiant Creamy Concealer menawarkan litupan sederhana hingga penuh dengan kemasan semula jadi yang menyerlahkan penampilan kulit. Formulanya membantu menyamarkan lingkaran gelap, kemerahan dan cela tanpa kelihatan berat. Teksturnya yang mudah diratakan juga memberikan hasil yang lebih sekata serta selesa dipakai sepanjang hari.
Dior Forever Skin Correct

Dior Forever Skin Correct ialah concealer berlitupan penuh yang menawarkan ketahanan sehingga 24 jam serta kelembapan sepanjang hari. Teksturnya yang berkrim membantu menyamarkan lingkaran gelap, kemerahan, bintik pigmentasi dan cela kulit tanpa meninggalkan kesan atau terkumpul pada garis halus. Formulanya juga tahan dalam keadaan panas dan lembap.
Kosas Revealer Concealer

Kosas Revealer Concealer menggabungkan fungsi concealer dan penjagaan kulit dalam satu formula berkrim. Ia membantu menyamarkan lingkaran gelap, cela serta tona kulit tidak sekata, sambil memberikan kemasan yang cerah dan semula jadi. Teksturnya mudah dibaurkan untuk hasil yang kelihatan segar tanpa terasa berat pada kulit.
Chanel Les Beiges Serum Concealer

CHANEL memperkenalkan serum concealer pertama dengan kemasan second-skin yang ringan dan litupan boleh bina. Hadir dalam 15 pilihan rona, formulanya diperkaya ekstrak white camellia dan asid hyaluronik untuk membantu melembapkan kulit, menyamarkan lingkaran gelap serta memberikan efek segar dan berseri.
Tower 28 Serum Concealer

Mempunyai tekstur nipis seperti serum dengan ciri yang melembapkan.
Bagi pemilik kulit berminyak pula, formula yang mempunyai daya lekatan baik dan litupan tinggi boleh menjadi pilihan, terutamanya untuk solekan yang perlu bertahan sepanjang hari.
Natasha Denona Hy-Glam Concealer

Natasha Denona Hy-Glam Concealer menawarkan litupan yang boleh dibina dengan kemasan lembut dan semula jadi. Formulanya membantu menyamarkan lingkaran gelap, ketidaksempurnaan serta tona kulit tidak sekata tanpa mudah terkumpul pada garis halus. Teksturnya yang ringan juga mudah dibaurkan untuk menghasilkan penampilan kulit yang lebih sekata dan segar.
Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Concealer

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Concealer memberikan litupan penuh dengan kemasan airbrushed yang membantu menghasilkan penampilan kulit lebih licin dan sekata. Formulanya menyamarkan lingkaran gelap, cela serta ketidaksempurnaan kulit tanpa kelihatan terlalu tebal. Sesuai untuk mereka yang menginginkan hasil solekan lebih sempurna dengan kemasan yang tahan lama.
Artikel Berkaitan: Concealer Lips Kembali Menghantui Trend Mekap
