Jika anda mencari formula asas solekan yang tahan dari pagi sampai ke petang, yang selesa di wajah dan mudah pula direalisasikan, inilah artikel yang patut anda baca. EH! dan Ezzanie Jasny akan tunjukkan semuanya!

Sudah separuh bulan berpuasa, rasanya sudah tiba masanya untuk kita memikirkan hal persiapan menyambut ketibaan Syawal. Selain baju dan aksesori, usah dilupa solekan kerana itulah pelengkap gaya head-to-toe.
EH! mengundang bintang drama TV masa kini, Ezzanie Jasny untuk menunjukkan tip dan trik mendapatkan asas solekan yang sempurna lebaran nanti. Jika anda melihat tutorial video yang kami lampirkan bersama, anda akan mula sedar sebenarnya tak susah pun untuk dapat asas solekan yang sempurna. Apa yang perlu ialah cara dan produk yang tepat.
MULAKAN DENGAN PRIMER
Selepas kulit dicuci bersih dan disapu pelembap, anda boleh oles shu uemura block:booster charged up. Primer ini dicipta untuk membuatkan kulit nampak berseri-seri. Bagi mereka yang mempunyai masalah wajah kelihatan letih dan kusam, anda patut cuba primer ini kerana ia memberi efek wajah yang nampak segar, bagaikan pengaliran darah di wajah begitu sempurna sekali.
Primer ini juga hadir dengan SPF 50+ PA+++ sebagai pelindung kulit dan juga memastikan solekan tahan hampir 24 jam. Kulit pun terasa selesa serta tak kering. Ezzanie menggunakan kod ‘energy flush’.
SEMBUR DENGAN SETTING SPRAY
Ini mungkin langkah yang tak mungkin ramai lakukan. Biasanya kita akan sembur setting spray selepas solekan siap, tapi sebenarnya ada setting spray yang boleh disembur lapis demi lapis. Teknik ini dinamakan teknik sandwic.
Sebaik primer disapu rata, semburkan wajah dengan Urban Decay All Nighter Setting Spray. Ini adalah untuk mengunci primer selain memberi penghidrata. Setting spray ini kalis air lantas membuatkan solekan tahan peluh dan juga jika anda menangis di pagi hari selepas bersalaman sesama keluarga, solekan akan tetap on point.
SAPUAN CC CREAM
Sebenarnya ramai tak tahu yang sebenarnya untuk dapatkan full coverage,gunakan krim CC pun dah memadai sebenarnya, tak semestinya perlu menyapu bedak asas (foundation). Saya sendiri melihat bagaimana Ezzanie Jasny hanya menggunakan IT Cosmetics CC+ Cream sahaja untuk mennyempurnakan asas solekannya.
IT Cosmetics CC+ Cream ini memang datang dengan litupan penuh dan anda tak perlukan concealer. Lagi satu, krim CC ini adalah pilihan tepat untuk anda yang mahukan kemasan yang menutup cela namun masih kelihatan natural. Ia membetulkan warna dan ton kulit lantas membuatkan ton kulit nampak rata sekata. Solekan tak kelihatan dan terasa tebal. Ada 14 warna semuanya.
Krim CC ini juga sarat dengan manfaat bahan penjagaan kulit seperti vitamin E, asid hyaluronik dan juga niacinamide. Jadi, makin kerap anda memakai krim CC ini, makin sihat kulit anda. Ia juga mengandungi bahan pelindung SPF50+.
KUNCI SOLEKAN
Selepas solekan siap, jangan lupa semburkan semula wajah dengan Urban Decay All Nighter Setting Spray. Ingat untuk goncang botol terlebih dahulu dan semburkan dalam bentuk ‘T’. Setting spray ini akan buat solekan tahan lebih lama, dan ia juga transferproof dan smudgeproof.
Jom tonton video tutorial ini untuk panduan lebih mudah dan lengkap. Selamat mencuba!








