Ada beberapa cara hilangkan parut jerawat yang boleh diamalkan menggunakan remedi semula jadi seperti bahan lazim yang boleh di dapati di rumah anda.
Parut jerawat dan kesan luka pada kulit tubuh secara tidak langsung akan meninggalkan kesan. Tentunya ramai yang ingin mencari jalan dan cara terbaik untuk hilangkan parut. Namun bukan mudah bergantung kepada betapa besar atau tahap luka itu, sekurang-kurangnya anda boleh ikhtiar bagi mengurangkan kesan parut terutama pada bahagian yang jelas kelihatan umum seperti wajah dan tangan.
Tidak hairanlah bagi sesetengah individu yang terpaksa melayari hari dengan parut yang jelas akan mengurangkan tahap keyakinan secara tidak langsung membuat seseorang itu lebih introvert kerana terlalu malu dengan masalah parut ini.
Parut juga terjadi apabila permukaan kulit luka, kesan terbakar, kesan pembedahan atau alahan buat kulit yang sensitif. Kebanyakan parut tidak mempunyai efek rengsa melainkan ia masih belum pulih sepenuhnya dan juga kesan jerawat pada wajah yang mungkin lebih sensitif dan masih aktif.