Mengubah landskap media sosial menjadi pusat kreativiti, pengguna TikTok sentiasa menampilkan konten visual yang menarik dengan berbahagi rutin kecantikan harian mereka ke dunia digital.
Tiktok sentiasa berkembang dengan trend kecantikan yang baharu, memberikan pengguna saluran yang menyeronokkan dan kreatif untuk berkongsi tip kecantikan yang inovatif. Ia adalah ruang di mana pengguna berkumpul untuk bertukar-tukar idea unik yang boleh mengubah sepenuhnya rutin kecantikan harian kita, menjadikannya lebih menarik dan berkesan. Jadi, EH! kongsikan tujuh ‘beauty hacks’ viral di TikTok yang anda patut cuba.
5 ‘Beauty Hacks’ Viral Di Tiktok Yang Boleh Anda Cuba;
1. Biji Rami
Ratusan pengguna di TikTok telah membuat perkongsian video bahawa gel biji rami buatan sendiri sebagai alternatif alami untuk perawatan wajah, Dianggap sebagai botox semula jadi, biji rami mengandungi lemak omega-3 dan omega-6, serta antioksidan, yang dapat memberikan manfaat bagi kulit, seperti menghidrat dan melembutkan.
Courtney Snell, salah satu pengguna TikTok yang mendokumentasikan langkah-langkah pembuatan dan penggunaan gel biji rami buatan sendiri, merebus biji rami dengan air, dan kemudian gel yang dihasilkan diaplikasikan sebagai topeng pada wajah. Dalam video susulan, Courtney menunjukkan hasilnya dengan mengatakan bahawa garis-garis di dahinya tampak berkurangan setelah menggunakannya.
2. Air Cucian Beras
Kaedah ini bukanlah sesuatu yang baharu lagi sebaliknya, ia telah kembali popular setelah mendapat perhatian dari pengguna TikTok dan ramai yang berkongsi pengalaman positif mereka akan keberkesanan bahan ini. Kandungan air cucian beras yang kaya dengan vitamin dan nutrien menjadikannya pilihan utama untuk merawat rambut rosak.
Proses penggunaannya begitu sederhana, Cukup tuangkan air cucian beras ke rambut anda dan berikan biarkan seketika agar nutrisi dan kelembutan dari air beras dapat meresap ke dalam helaian rambut sebelum anda membilasnya dengan air bersih seperti biasa.
3. Kumur Dengan Minyak kelapa
Seperti yang diketahui ramai, minyak kelapa mempunyai pelbagai khasiat, termasuk perawatan rambut, dan bahkan penurunan risiko penyakit jantung. Tetapi, salah satu kaedah yang semakin popular di Tiktok iaitu oil-pulling, yang menggunakan minyak kelapa untuk memutihkan gigi, menyegarkan nafas, dan meningkatkan kesihatan mulut. Dengan hanya berkumur seperti biasa selama 15 hingga 20 minit dan kemudian diakhiri dengan menggosok gigi anda seperti biasa.
Manfaat dari oil-pulling ini untuk mengurangi jumlah bakteri berbahaya di dalam mulut. Mulut manusia mengandung beratus-ratus jenis bakteria, sebahagian besar merupakan bakteria baik. Namun, beberapa bakteria berpotensi menghasilkan plak pada gigi anda dan dapat menyebabkan berbagai masalah mulut dan gigi, termasuk bau mulut dan peradangan gusi.
4. Styling Rambut Dengan Petroleum Jelly
Petroleum jelly bukan hanya memiliki manfaat untuk perawatan kulit, tetapi juga mampu berfungsi sebagai alternatif untuk styling rambut. Proses penggunaannya sangat sederhana namun mampu memberikan hasil yang memuaskan. Ambil sejumlah kecil petroleum jelly dan sapukan secara merata pada rambut, pastikan sesuai dengan panjang dan ketebalan rambut anda agar tidak membuat rambut anda terlihat berminyak. Fokus pada bahagian yang ingin anda style, baik untuk memberikan definisi pada gaya atau merapikan baby hair.
Petroleum jelly ini mampu memberikan kilatan pada rambut, membuatkan rambut anda nampak semula jadi dan sihat. Selain itu, teksturnya yang lembut memastikan rambut tetap fleksibel dan tidak terasa keras atau kejung, berbeza dengan hasil yang mungkin dihasilkan oleh gel rambut.
5. Minum Air Klorofil
Salah satu manfaat utama klorofil adalah potensinya untuk membuat kulit bersih, sihat, dan berseri kerana kandungan klorofil yang tinggi. Sumber klorofil ini berasal dari pigmen hijau dalam tumbuhan, dan air klorofil kaya akan antioksidan dan magnesium, yang secara umum memberi manfaat pada kesihatan tubuh badan. Bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat, minum air klorofil ini dapat membantu mengurangi pertumbuhan jerawat dan meningkatkan kebersihan kulit.
Selain itu, air klorofil juga dikatakan dapat merangsang penurunan berat badan dengan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Meskipun memiliki manfaat yang menarik, penting untuk diingat bahawa pengambilan air klorofil perlu dilakukan dengan bijak. Berlebihan dalam mengambil air ini dapat menyebabkan kesan sampingan pada sistem pencernaan, seperti cirit-birit atau kesulitan buang air besar.
Artikel Berkaitan: 5 Trend Solekan Bakal Viral 2023