Salah satu rahsia untuk tampil manis dan berseri di hadapan si dia ialah pemilihan blusher atau pemerah pipi yang tepat.
Blusher atau pemerah pipi memainkan peranan penting untuk memberikan sentuhan wajah yang lebih hidup, menonjolkan seri secara semula jadi serta mencipta aura mesra dan elegan.
Sama ada anda gemar dengan kemasan matte yang sofistikated ataupun dewy yang segar, senarai ini bakal membantu anda memilih blusher ideal yang mampu menyerlahkan personaliti serta meninggalkan impresi pertama yang menawan.
EH! kongsikan 5 blusher High-End terbaik untuk first date, pilihan eksklusif yang bukan sahaja tahan lama, tetapi juga memberi kesan semula jadi, seakan-akan “glow from within.”
Chanel Joues Contraste Powder Blush
Blusher ikonik daripada Chanel ini dikenali dengan teksturnya yang halus serta mudah diratakan pada kulit. Dengan pigmentasi yang seimbang, ia memberikan efek rona pipi yang segar tanpa kelihatan berlebihan. Sangat sesuai untuk first date kerana hasilnya tampak natural namun elegan, sesuai untuk gaya klasik dan sofistikated.
Fenty Beauty Cheeks Out Freestyle Cream Blush
Blusher krim daripada Fenty Beauty ini memberi sentuhan semula jadi dengan kemasan sheer yang ringan. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan “no-makeup makeup look”, menonjolkan seri wajah dengan efek segar seakan-akan pipi merona semula jadi. Tambahan pula, formulanya mudah disapu dengan jari, menjadikannya pilihan praktikal untuk janji temu santai.
Huda Beauty Blush Filter
Blusher terbaharu daripada Huda Beauty ini menampilkan inovasi dengan tekstur lembut yang tahan lama. Ia diformulasikan untuk memberi kesan “soft-focus finish” yang mampu menutup cela halus pada kulit, menjadikan pipi tampak segar, licin dan berseri. Dengan 9 pilihan warna yang versatil, ia sangat sesuai untuk janji temu romantik kerana memberikan aura glamor tetapi tetap tampak semula jadi.
Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush
Produk kegemaran ramai ini bukan sahaja viral, malah terbukti dengan kualitinya. Formulanya sangat pigmented, hanya memerlukan sedikit sapuan untuk menghasilkan warna yang menyerlah. Dengan pilihan kemasan matte dan dewy, ia versatile dan boleh disesuaikan mengikut gaya solekan anda. Untuk first date, ia memberi impak yang segar dan romantik.
YSL Beauty Couture Blush
Blusher mewah daripada Yves Saint Laurent ini hadir dengan kemasan halus yang memberikan dimensi elegan pada wajah. Ia mempunyai variasi rona yang sesuai untuk semua tona kulit, sambil menambah seri semula jadi yang anggun. Kemasan premium dan tahan lama menjadikannya pilihan tepat untuk momen istimewa seperti janji temu pertama.
Baca: 5 Pempengaruh Digital Muda Yang Mempunyai Jenama Kecantikan Sendiri