Ramai sangka haruman datang hanya dari sebotol minyak wangi. Tetapi sebenarnya, losen yang disapu sebaik selepas mandi sudah cukup untuk mencipta identiti bau yang melekat. Bila tekstur lembut bertemu haruman yang tahan lama, anda bukan sekadar menjaga kulit tetapi sedang membina memori olfaktori yang akan diingati orang sekeliling.
Sebenarnya pemakaian losen badan yang tepat sudah boleh buat orang menoleh dua kali sambil tertanya dalam hati, “apa perfume yang dia pakai?” Padahal, tidak ada semburan minyak wangi pun, cuma sapuan losen selepas mandi yang kekal melekat sehingga ke petang. Kadang-kadang, bau yang paling diingati bukanlah yang paling kuat, tetapi cukup dengan sentuhan vanila, bunga atau manisan yang akan ikut setiap langkah kita dan buat orang sekeliling perasan tanpa kita perlu mencuba.
Kalau anda sedang mencari body lotion yang bukan sekadar melembapkan, tetapi juga meninggalkan haruman yang tahan lama dan memikat, ini lima pilihan daripada EH! yang memang jadi kegemaran kami sendiri. Dipakai, dicuba, dan diulang beli. Percayalah dengan sapuan yang tepat, anda tidak perlu pun sebotol perfume untuk buat orang sekeliling tertanya, cukup sapuan body lotion yang buat kulit anda kekal lembap dan wangi sepanjang hari.
1. Sol de Janeiro Brazilian Bum Bum Cream (RM 119)
Losen yang satu ini memang sudah tidak asing lagi dalam rutin harian ramai it girls. Bukan sahaja untuk ‘bum bum’, tetapi untuk seluruh badan juga. Dengan aroma yang menggabungkan vanilla, salted caramel dan pistachio, sapuan krim ini terus membawa anda ke suasana tropika ala percutian di Copacabana. Teksturnya pula ringan dan cepat meresap, menjadikan kulit terasa lembut, lembap dan harum sepanjang hari. Untuk kesan lebih tahan lama, padankan dengan Sol de Janeiro body mist untuk extra bau yang lebih tahan lama.
2. Jo Malone London Peony & Blush Suede Body Crème (Rm 190)
Terkenal dengan formulasi mewah dan tekstur yang kaya, body crème ini adalah pengalaman sensorial yang lengkap. Diperkaya dengan shea butter dan minyak semula jadi, ia melembapkan kulit secara mendalam sambil meninggalkan aroma floral yang feminin, elegan dan sangat timeless. Haruman peony yang segar dipadankan dengan kelembutan blush suede, menjadikan sapuan ini cukup sempurna dipakai sendirian atau sebagai lapisan asas sebelum semburan minyak wangi Jo Malone kegemaran anda.
3. Diptyque Philosykos Body Lotion (RM 309)
Bayangkan aroma yang segar dan tenang seperti hembusan angin di tepi laut Mediterranean. Itulah aura yang dibawa oleh Diptyque Philosykos Body Lotion. Haruman fig yang creamy digabungkan dengan nota coconut dan woody, menghasilkan bau yang sangat unik dan minimal. Teksturnya ringan dan mudah meresap, menjadikan kulit terasa lembap dan nyaman. Sesuai untuk anda yang sukakan bau ‘clean girl’ dengan sentuhan mewah, subtle dan penuh nostalgia percutian di bawah matahari.
4. Aesop Rejuvenate Intensive Body Balm (RM 440)
Aesop sememangnya sinonim dengan aromaterapi moden dan minimalis. Walaupun tekstur body balm ini lebih pekat dari losen biasa, ia mampu menyerap dengan selesa dan memberikan kelembapan mendalam, terutama untuk kulit kering. Haruman herba sitrus yang menenangkan dan gabungan tangerine rind, vanilla dan sandalwood menjadikan setiap sapuan terasa seperti sesi spa peribadi. Sangat sesuai digunakan sebelum tidur untuk membantu anda wind down, atau sebagai sentuhan mewah semasa self-care ritual di hujung minggu.
5. Le Labo Santal 33 Body Lotion (RM 777)
Bagi anda yang sukakan bau yang lebih berkarakter dan sedikit artsy, Le Labo Santal 33 Body Lotion ini adalah pilihan yang tepat. Dengan aroma sandal wood dan cedar, losen ini membawa identiti genderless yang bold dan moden, sangat sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu di luar kebiasaan. Teksturnya ringan tetapi cukup melembapkan, menjadikan kulit rasa sangat selesa. Sapuan Santal 33 ini bukan sekadar haruman, tetapi satu statement yang seolah-olah anda baru sahaja keluar dari galeri seni.
Artikel Berkaitan: Top 6 Minyak Wangi ‘Fruity’ Paling Menyerlah Di Tahun 2025 (Setakat Ini)