Rambut gugur boleh menjejaskan kesihatan mental dan keyakinan diri seseorang. EH! faham, mesti kalian terdesak mencari penyelesaian kepada masalah keguguran rambut, jom semak 5 pena cara mudah atasi masalah rambut gugur.
Rambut gugur semakin mengganas dan terjurai banyak dari hujung jari anda? Sudah lah stress, bertambah lagi rasa kekurangan diri. Tahukah anda bahawa terdapat kira-kira 100,000 helai rambut di kepala anda? Ya, benar, setiap satu helai rambut mempunyai kitaran hidup yang unik, apabila ia gugur, akan timbul anak rambut baharu pula. Satu helai rambut dihasilkan oleh setiap folikel badan dan ia tumbuh pada kadar setengah inci setiap bulan.
Kadang-kadang anda terlepas pandang akan punca mengapa rambut gugur banyak. Daripada diet pelik kepada tabiat pemakanan yang tidak seimbang, cara ini boleh menjejaskan rambut sihat. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menghentikan masalah keguguran rambut: