Tidak dinafikan, cuaca di Malaysia memang menguji kesabaran. Baru sahaja melangkah keluar, peluh sudah mula membasahi dahi. Sebab itulah pemilihan cushion foundation yang sesuai dengan cuaca sangat penting bukan sekadar untuk tampak cantik, tetapi juga untuk rasa selesa sepanjang hari.
Solekan yang cantik tidak semestinya perlu rasa berat dan tebal. Dengan pilihan cushion foundation yang betul, anda masih boleh dapat kulit glowing, kemas dan segar sepanjang hari walaupun tengah berpeluh.
Paling kecewa bila foundation yang kita sapu pagi tadi hilang entah ke mana, tinggal tompok-tompok yang buat kita rasa nak cuci muka on the spot. Jangan risau, EH! kumpulkan lima cushion foundation terbaik serendah RM60 bukan sahaja sesuai dengan cuaca Malaysia, malah buat kulit nampak sihat, breathable dan tidak bercapuk langsung.
1. Y.O.U Cloud Touch DFL Mesh Cushion (RM49.90)
Sesuai dengan namanya, Cloud Touch, cushion ini memberi pengalaman sapuan selembut awan, seolah-olah tidak pakai memakai apa-apa. Diformulasikan dengan Immortelle C-Lock Essence dan SPF 50+ PA++++, ia bukan sememangnya direka untuk keselesaan kulit di iklim panas dan melindungi kulit dari sinaran UV. Setiap sapuan bukan sahaja mencantikkan, tetapi juga memberi manfaat penjagaan kulit secara berterusan. Kemasan soft matte memberikan litupan yang natural dan segar tidak terlalu dewy, tidak terlalu kering. Paling penting, ia tidak mudah meleleh atau bercapuk.
2. Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion (RM 59.90)
Wardah sememangnya jenama kecantikan dari Indonesia yang semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia. Bukan kerana harganya yang sangat berpatutan, tetapi juga kerana kualitinya yang tidak kalah dengan jenama mewah. Dengan harga yang mesra poket, formulanya tetap terasa premium. Dilengkapi SPF 33 PA+++ dan Skin Match Technology, cushion ini bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran UV, malah blend cantik dengan tona kulit Asia tanpa meninggalkan kesan kelabu atau bercapuk.
3. Make Over Powerstay Demi-Matte Cover Cushion (RM 83.50)
Jika anda seorang yang aktif dan sentiasa on-the-go, cushion ini memang wajib ada dalam beg make-up anda. Make Over Powerstay Demi-Matte Cushion dirumus khas untuk mereka yang perlukan litupan kemas dan tahan lama tanpa perlu touch-up berkali-kali. Teknologi sweat-proof dan oil-controlling menjadikannya antara cushion terbaik untuk cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia. Paling menarik, ia tidak mudah oxidize. Jadi, tiada lagi masalah foundation berubah warna selepas beberapa jam. Warna kekal stabil dan kulit tetap tampak segar dari awal hingga ke lewat malam.
4. Innisfree Skinny Coverfit Cushion (RM65)
Jika anda sukakan solekan yang tampak effortless dan semula jadi, Innisfree Skinny Coverfit Cushion ini mungkin jadi pilihan hati anda. Diperkaya dengan ekstrak teh hijau dari Jeju, ia memberikan sentuhan lembut dan menenangkan pada kulit sambil membantu mengekalkan kelembapan sepanjang hari. Dengan coverage light-to-medium, ia sesuai untuk anda yang lebih gemarkan gaya no-makeup makeup look.
5. Laneige Neo Cushion Matte (RM 182)
Bila bercakap tentang cushion Korea, Laneige mesti masuk senarai. Versi Neo Cushion Matte ini pula direka khas untuk mereka yang memiliki kulit kombinasi hingga berminyak dan ya, sangat sesuai untuk cuaca panas dan lembap seperti Malaysia. Dilengkapi dengan teknologi Humid Defense™, ia membantu memastikan solekan kekal kemas dan tidak mudah cair walaupun dalam keadaan berpeluh. Walaupun hasil akhirnya matte, teksturnya tetap ringan dan breathable, jadi kulit anda takkan terasa kering seperti sesetengah produk matte lain.
Artikel Berkaitan: 5 Setting Powder Kalis Peluh Terbaik 2025