Foundation stick semakin menjadi kegemaran beauty lovers. Selain praktikal, ia benar-benar memudahkan rutin solekan harian. Hanya satu sapuan, blend, dan anda sudah bersedia untuk keluar. Paling penting, tiada lagi drama foundation tertumpah dalam beg solek. Ringkas, kemas dan pantas, memang pilihan ideal untuk mereka yang sentiasa on-the-go dan tiada masa untuk touch-up yang leceh.
Forrmula foundation stick hari ini sudah jauh berevolusi. Jika dahulu ramai menganggap teksturnya tebal dan mudah bercapuk, kini kebanyakannya tampil dengan formula yang lebih ringan, mudah dibaur menggunakan jari, span atau berus serta memberikan kemasan yang kelihatan seperti kulit sendiri. Daripada efek soft matte hinggalah glowing skin, semuanya ada. Paling penting, anda tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk mendapat hasil solekan yang cantik. Ini lima foundation stick bawah RM50 yang anda boleh dapati di mana-mana Guardian atau Watson berhampiran anda.
1. Essence Foundation Stick (RM30)
Kalau anda baru baru ingin berjinak-jinak dengan solekan asas, Essence antara pilihan yang sesuai untuk dicuba. Teksturnya yang berkrim mudah meluncur dan dibaur pada kulit, memberikan litupan sederhana yang membantu meratakan tona wajah tanpa rasa berat. Hasil kemasannya pula kelihatan semula jadi, seolah-olah kulit anda memang sihat dan berseri. Saiznya yang kompak juga memudahkan anda membawanya ke mana sahaja, sesuai untuk touch-up bila-bila masa diperlukan.

2. Catrice Soft Glam Filter Stick RM33
Kalau anda gemarkan solekan yang membuatkan kulit nampak segar dan bercahaya, Catrice Soft Glam Filter Stick ini memang berbaloi untuk dicuba. Sebenarnya, ia bukanlah foundation tetapi complexion stick yang memberikan efek kulit lebih licin, berseri dan sekata dalam beberapa sapuan. Teksturnya ringan serta mudah dibaur menggunakan jari, span atau berus tanpa meninggalkan rasa melekit. Anda boleh memakainya secara bersendirian atau menggunakannya sebagai asas sebelum foundation bagi menaikkan seri kulit.

3. Alha Alfa Satin Foundation Shading Stick (RM40)
Mahukan foundation dan contour dalam satu koleksi? Alha Alfa Satin Foundation Shading Stick adalah jawapannya. Hadir dalam format stik yang praktikal, ia memudahkan aplikasi untuk meratakan tona wajah atau menambah definisi pada bahagian tertentu. Dengan kemasan satin yang memberikan efek kulit lebih licin dan natural, produk ini sesuai untuk mencipta gaya solekan soft sculpted tanpa nampak terlalu berat.

4. Sace Lady Soft Matte Foundation Stick (RM42)
Kalau anda suka solekan yang cepat, kemas dan tidak nampak heavy, SACE LADY Soft Matte Foundation Stick antara pilihan yang boleh dicuba. Dengan hasil akhir soft matte, ia membantu memberikan efek kulit yang lebih licin tanpa kelihatan terlalu kering atau bercapuk. Saiznya yang kompak juga menjadikannya teman sempurna dalam beg solek.

5. Timephoria Timeless Fixion All Day Perfection Skin Tint Stick Foundation (RM80)
Sering muncul di FYP TikTok, Timephoria Timeless Fixion Skin Tint Stick Foundation menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan solekan ringkas tetapi tetap nampak kemas. Walaupun namanya skin tint, formulanya mampu memberikan litupan ringan hingga sederhana. Gabungan squalane, minyak jojoba dan minyak biji camellia putih membantu memberikan rasa lembap pada kulit.

Artikel Berkaitan: Hurry Up! Ini 5 Produk Cantik Terbaru Patut Beauty Junkie Cuba
