Zendaya tidak pernah hadir dengan beauty look yang basic. Intip 5 gaya makeup Zendaya yang menyerlahkan evolusi beauty look-nya di karpet merah.
Daripada solekan minimal yang menaikkan kecantikan semula jadi hinggalah gaya dramatik yang kaya dengan elemen era tertentu, Zendaya sentiasa menjadikan makeup look-nya sebagai sebahagian daripada personalitinya.
Di karpet merah, wajahnya bukan hanya kanvas untuk trend kecantikan, tetapi untuk ruang bereksperimen dengan karakter, warna dan estetik yang melengkapi setiap penampilannya.
Apa yang menarik tentang solekan Zendaya, gayanya tidak pernah terikat pada satu signature sahaja. Ada ketika dia memilih rona yang lembut dan dreamy, pada masa lain tampil dengan solekan yang lebih bold dan eksperimental.

Solekan Angelic Look dengan Seri Semula Jadi
Untuk tayangan perdana The Odyssey di New York pada 14 Julai 2026 lalu, Zendaya memilih gaya No-Makeup Makeup look yang minimal.
Kulitnya nampak lebih semula jadi dan segar, dengan sedikit touch of sun-kissed glow yang memberikan wajahnya kelihatan seperti angel.
Malah dengan bulu mata yang hampir kelihatan bare pula mengekalkan kesuluruhan look itu supaya kelihatan ringan, lembut dan tidak terlalu crowded.
Hasilnya, penampilan Zendaya kelihatan dreamy dan sangat effortless, membuktikan makeup understarted juga boleh menjadi statement di karpet merah.

Solekan Bronzed Berinspirasikan Gaya 90-an
Bersempena dengan tayangan perdana Euphoria di TCL Chinese Theatre, Hollywood pada 7 April 2026, Zendaya membawa estetik California summer ke karpet merah.
Solekan bronzed memberikan kulitnya ala-ala keemasan yang hangat dan sedikit sandy, dilengkapi dengan elemen yang diinspirasikan daripada era 90-an.
Look ini terasa effortless, dengan sentuhan nostalgia yang selari dengan suasana musim terakhir Euphoria yang lebih kepada musim panas California.
Sapuan bronzer pada wajah turut memberikan dimensi yang lebih matang, tanpa menghilangkan karakter Zendaya yang kekal santai dan effortless.

Solekan Mod Ikonik Era 60-an
Zendaya menghidupkan kembali pesona era 60-an menerusi solekan soft monochromatic yang diinspirasi daripada ikon mod dan twiggy.
Dengan mengenakan eyeshadow rona petal pink menjadi tumpuan pada mata, serta bulu mata bawah yang dibuat clumpy dan spiky untuk memberikan efek doll-like yang sinonim dengan era tersebut.
Selain itu, Warm pink blush pula dipadankan dengan rona pale pink pada penampilannya, menghasilkan keseluruhan look yang feminin, playful dan retro.
Walaupun diinspirasikan daripada dekad terdahulu, Zendaya berjaya menghasilkan- aura moden kepada estetik tersebut.

Solekan Reversed Eyeliner
Ketika menghadiri tayangan perdana Dune, Zendaya tampil dengan gaya yang sedikit berbeza menerusi teknik reversed eyeliner yang buat keseluruhan look nampak lebih edgy.
Makeup look yang diinspirasikan oleh dunia sci-fi, solekan mata Zendaya menjadi tumpuan utama bagi penampilan kali ini.
Sapuan eyeshadow ungu vibrant yang dilukis sepanjang garisan bulu mata bawa, menghasilkan efek grafik yang bold dan mencuri perhatian.
Sementara itu, untuk melengkapkan solekan mata itu, sentuhan rona warm di tulang pipi sebelum disempurnakan dengan kemasan matter yang lembut serta seamless.

Untuk Met Gala 2024, Zendaya tampil dengan membawa gaya Victoria Gothic Romance yang lebih gelap dan dramatik.
Kening nipis ala 1920-an menjadi antara fokus utama, dipadankan dengan solekan mata smokey rona campuran burgundy dan merah.
Dengan base yang bersih dengan contour yang kelihatan seamless member keseimbangan pada keseluruhan looknya.
Bukan itu sahaja, bibir deep chocolate cherry turut melengkapi look ini, memberikan ia sentuhan yang lebih misteri sesuai dengan tema Met Gala pada masa itu.
