Tiap kali tibanya musim panas, udara akan diapung dengan bau-bau segar yang mengasyikkan. Ini antara lima haruman terbaru yang dilancarkan tahun ini khusus buat lelaki!
Dolce & Gabbana Light Blue Pour Homme Eau de Toilette
Sudah masuk 25 tahun haruman ikonik ini dan kalau nak tahu ini salah satu all time favourite saya. Baunya segar dan saya suka menyemburnya di waktu pagi. Ia seakan membuatkan mood pagi lebih tenang. Seiring dengan usianya, haruman ini hadir dengan kempen baharu dan baunya juga diberi sentuhan moden agar terus segar. Dicipta oleh pakar haruman, Alberto Morillas, minyak wangi ini mengutarakan bauan yang aromatik dengan sentuhan kayu-kayan. Turut dipercikan lemon, patchouli serta sentuhan rosemary. Dari bahan-bahannya sudah terbayang bagaiman segar baunya. Oh berdasarkan kajian yang mereka jalankan, bau haruman ini boleh tahan sehingga 16 jam.
Le Male Elixir Absolu
Datang dalam botol serba keemasan, haruman ikonik ini dalam aura yang tersendiri yang menonjolkan cita rasa yang lebih edgy. Le Male Elixir Absolu lebih memukau dengan bauan yang lebih spicy yang mencambah mood yang lebih sensual. Aromanya turut disempurnakan dengan layangan bau lavender, tonka bean dan balsamic.
Paco Rabanne Phantom Elixir
Sejak diperkenalkan, Phantom by Rabanne sudah mencetus tarikan tersendiri menerusi bau dan botolnya yang cukup signifikan. Tahun lalu Phantom masuk ke era baru dengan kempen yang lebih edgy, bernuansa rock & roll. Masuk tahun ini Paco rabanne memperkenalkan pula Phantom Elixir yang lebih bold, lebih misteri. Haruman ini dicipta oleh tiga pakar haruman yakni Anne Flipo, Paul Guerlain dan Juliette Karagueuzoglou,dan mereka mengadunkan bauan laut bersama oud berserta vanila, sekaligus membawa Phantom Elixir ke era maskulin nan baharu.
Emporio Armani Stronger With You Intensely
Aroma maskulin era baharu Emporio Armani, Stronger With You kini hadir dalam nuansa yang lebih seksi dan maskulin menerusi Stronger With You Parfum. Baunya datang dari kombinasi material yang lebih spicy dengan gabungan lada merah jambu, buah berangan serta dengan percikan kayu amber dan esen vanila. Aktor Hun Haqeem dilantik sebagai wajah rasmi untuk haruman ini untuk pasaranm Malaysia.
Aesop Aurner Eau de Parfum
Aesop bekerjasama dengan pakar haruman, Céline Barel untuk menggarap haruman terbarunya ini yang pada saya cukup unik, dalam keras pedas ada kelembutannya. Bagi saya Aurner Eau de Parfum ada keunikan tersendiri, bila mana ia menggunakan daun pohon Magnolia berbanding kelopak bunganya. Bahan utama itu dicampur bersama cedar heart dan Roman chamomile.