Head spa kini menjadi antara ritual self-care yang semakin digemari, bukan sahaja kerana rasa lega selepas diurut, tetapi kerana ia turut memberi perhatian kepada kesihatan kulit kepala dan rambut.
Kalau minggu ini terasa sedikit lebih panjang daripada biasa, mungkin sudah tiba masanya untuk beri diri sendiri ruang untuk berhenti seketika. Dan kali ini, biar kepala pula yang mendapat perhatian. Bayangkan anda berbaring, kulit kepala dibersihkan perlahan-lahan sebelum disusuli urutan, wap hangat dan rawatan rambut. Dengan bunyi air mengalir dan suasana yang cukup tenang, tidak pelik kalau mata mula terpejam sebelum sesi sempat berakhir.
Menariknya, pengalaman head spa hari ini juga sudah jauh berkembang daripada sekadar cuci rambut dan urutan kepala. Jadi kalau hujung minggu ini masih belum ada rancangan, mungkin inilah masa untuk mencuri sedikit ruang buat diri sendiri. EH! senaraikan lima head spa yang boleh anda cuba.
1. NŌMI Head Spa & Hair Salon
Kalau selama ini ritual head spa Jepun hanya singgah di skrin TikTok, NŌMI memberi peluang untuk anda merasainya sendiri di Bukit Jalil. Rawatan di sini disesuaikan mengikut keadaan kulit kepala, daripada deep cleansing dan steam therapy hinggalah urutan pada bahagian kepala, leher serta bahu. Analisis kulit kepala turut tersedia untuk mengenal pasti keperluan scalp dengan lebih tepat.
Lokasi: 3-13A, Residensi Park, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10.30 pagi – 7.30 malam

2. NYUU Head Spa
Di NYUU, rambut mungkin menjadi alasan untuk datang, tetapi relaksasi menjadi sebab untuk mahu kembali. Berinspirasikan ritual head spa Jepun, sesetengah programnya turut merangkumi urutan kepala, leher dan bahu, rendaman kaki herba, minyak pati serta sound therapy. Lokasinya di 1 Utama pula menjadikannya mudah diselitkan dalam agenda hujung minggu. Selepas berjam-jam berjalan dari satu kedai ke kedai lain, mungkin sudah tiba masanya untuk memperlahankan langkah dan membiarkan kepala pula menikmati sedikit perhatian.
Lokasi: S329, 2F Oval, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

3. Kantik Head Spa & Wellness
Di tengah kesibukan The Exchange TRX, Kantik Head Spa & Wellness menawarkan ruang untuk anda berhenti seketika. Terletak di Level 1, ia cukup mudah dikunjungi selepas makan tengah hari atau sesi shopping, tanpa perlu memperuntukkan satu hari khusus untuk ke spa. Selain penjagaan kepala, Kantik turut menawarkan rawatan badan untuk pengalaman wellness yang lebih menyeluruh.
Lokasi: L1.01.0, Level 1, The Exchange TRX, Persiaran TRX, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

4. Emmebi Italia Head Spa
Ada sentuhan Itali di sebalik ritual head spa yang satu ini. Emmebi Italia Head Spa menggabungkan pengalaman relaksasi dengan rangkaian penjagaan rambut profesional dari Itali. Pilihan rawatannya memberi perhatian kepada pelbagai keadaan kulit kepala termasuk kelemumur, minyak berlebihan dan sensitiviti, selain sesi yang lebih tertumpu kepada relaksasi. Untuk mereka yang mahu berehat sedikit lebih lama, Ultimate Hair & Head Spa selama 90 minit mungkin menjadi pilihan.
Lokasi: Unit M-18, Mezzanine Floor, Wisma UOA 2, 21, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi – 8;30 malam

Tidak semua bentuk self-care memerlukan satu hari penuh. Kadang-kadang, ruang satu atau dua jam di tengah jadual sudah cukup untuk mengembalikan sedikit keseimbangan. Zenflow Headspa mudah dimasukkan dalam rancangan hujung minggu jika anda berada sekitar KLSelepas makan tengah hari, kopi atau window shopping, beri kepala anda pula peluang untuk berehat. Selepas lima hari menjadi tempat segala idea, tugasan dan deadlinebersesak, mungkin sudah tiba masanya untuk mengosongkannya seketika.
Lokasi: Unit A-0-3A, Plaza Damas 3, 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi – 9 malam

Artikel Berkaitan: Kesihatan Mental Di Era Digital, Ini 7 Tip Meningkatkan Kualiti Hidup Anda
