Kenapa tidak bersolek sakan hanya untuk meraikan tahun baru 2021 walaupun hanya berada di rumah dan masih belum terlambat untuk mencuba.
Kehadiran tahun baru agak berbeza dengan musim pandemik. Jika dulu kita bebas ke sana-sini, namun kini banyak masa dihabiskan di rumah. Apa kata anda cuba idea solekan ini dan bangkitkan mood New Year anda dengan pilihan lebih dramatik. EH! Tampilkan 5 idea terbaik dan masih belum terlambat untuk mencuba.
Mata Berkilau
Trend solekan mata glitter antara hangat diperkatakan sepanjang 2020. Ilham diolah lebih ekstrem dan membangkitkan mood nakal! Seperti Gabriela Hearst tampil dengan idea Gold Shimmer, mudah untuk anda ceduk idea ini.
Winged Liner
Terus menjadi ikutan! Hanya dengan segaris mata sudah mampu menyerlahkan wajah polos anda. Ilham daripada Marc Jacobs ini mudah untuk anda meniru.
Gincu Merah Klasik
Biar klasik namun tetap tampak menawan. Pilihan rona gincu merah dalam ilham solekan neutral pelengkap gaya glamor anda.
Mata Samar-Samar
Ilham penggaris mata samar turut menjadi pilihan saat menyambut tahun baru. Kali ini, ia lebih bold dan seksi. Lebih menarik jika dicalit warna metalik untuk tambah mood parti anda.
Dewy Glowy
Solekan dewy sememangnya menjadi pilihan utama terutama jika anda malas untuk bersiap. Cukup sekadar kulit tampak bersinar hanya dengan rapi kulit dengan pelembap, lip gloss berdimensi dan salap pembayang mata.
Artikel berkaitan Wajah Polos, Gincu Merah. Itu Sudah Cukup!