Dari formula perintis ke ciptaan produk yang menakjubkan!
Inovasi dalam sains dan teknologi telah melakukan keajaiban pada dunia kecantikan dari formula berevolusi dan objek pintar hingga ke aplikasi berasaskan algoritma dan simulasi. Walau bagaimanapun, kamu tidak melihatnya muncul sepantas dan kerap seperti produk kecantikan biasa kerana penemuan tercanggih ini melalui penyelidikan dan ujian menyeluruh sebelum dilancarkan. Namun, inilah yang harus kamu perhatikan kerana ia bakal membentuk masa depan kecantikan. Teruskan membaca untuk melihat lima inovasi terkini dalam kecantikan yang kami dapati trending di sekitar Asia.