4. REN Evercalm™ di Malaysia
Jika kulit kamu sensitif, rangkaian Evercalm™ adalah penyelamat! Menggunakan bio-actif yang bersih dan semula jadi seperti beta glucan, cendawan putih, gotu kola serta ekstrak bunga matahari, formula ini menggunakan sains terkini untuk membantu memulihkan, menguatkan dan melindungi kulit yang sangat sensitif daripada pencemaran yang berbahaya. Formula ini juga hebat jika kamu mengalami kerengsaan dan keradangan kerana ia mengandungi tumbuhan serta aktif mineral yang melegakan kulit.
Rangkaian yang terdiri daripada pembersih, serum, pupur serta krim, formulanya lembut tanpa bahan kimia keras. jadi tiada paraben, sulfat, silikon, pewangi atau pewarna sintetik. Dari masa ke semasa, kamu akan melihat kulit yang lebih jernih, licin dan lebih tenang.
EVERCALM™ GENTLE CLEANSING MILK, RM105