Isi tas tangan anda dengan lima item cantik ini untuk wajah kekal segar sepanjang anda beraya sakan ke rumah terbuka!
Seminggu sudah kita meraikan Hari Raya, dan kehangatan perayaan pasti berterusan dengan adanya rumah terbuka sepanjang Syawal. Saya percaya hujung minggu ini akan ada banyak undangan rumah terbuka, sehari mungkin ada tiga empat undangan, dan semestinya kita mahu penampilan sentiasa on point. EH! bariskan lima item mesti ada dalam tas tangan untuk quick touch up sepanjang anda beraya.
BEDAK KUSYEN
Sebenarnya jika anda menggunakan bedak kusyen, solekan boleh tahan lama. Tetapi dengan kondisi cuaca kita, hakikatnya kita masih perlu lakukan beberapa kali touch up supaya kanvas wajah nampak segar. Berbanding bedak, saya lebih suka akan efek bedak kusyen, ia buat kulit nampak glow, berbanding bedak yang membuat wajah nampak pusam, dan anda perlu tambah alat solek lain untuk menyempurnakannya seperti pemerah pipi juga highlighter. Bedak kusyen juga punya efek melembap dan tidak mengeringkan. Just perfect!