GINCU
Pastikan anda isi tas tangan anda dengan gincu yang anda gunakan dari pagi tadi. Atau jika mahu beri look berbeza, boleh bawa dua gincu berlainan warna. Bawa satu yang natural (ton nude) dan lagi satu bawa yang lebih deep warnanya seperti merah atau maroon. Jika ke rumah terbuka mestilah banyak makan, jadi gincu perlukan ekstra touch up sepanjang kalian beraya.