Dimensi wajah memainkan peranan dalam menentukan bentuk kening seseorang. Ini kerana, setiap gadis mempunyai bentuk kening yang berbeza malah kedudukan kening juga tidak sepadan antara satu sama lain. Andai dilihat secara terperinci, akan ada kelainannya.
Gambar: hellomagazine.com
Oleh itu, salah satu kepentingan dalam menyerikan solekan wajah anda adalah kening. Hanya dengan melukis kening yang on fleek, ia dapat menyerlahkan lagi bentuk wajah seseorang.
Jadi, bagi menggapai solekan lebih menawan, EH! kongsikan cara mudah melukis kening yang sempurna bersama jurusolek jenama kecantikan Benefit Cosmetics dengan hanya menggunakan Brow Contour.