Bibir adalah antara bahagian kulit paling sensitif dan mudah terdedah kepada kekeringan, merekah dan iritasi terutama dalam cuaca panas atau berhawa dingin.
Justeru, pemilihan lip balm yang tepat bukan sahaja membantu melembapkan bibir, malah mampu merawat dan melindunginya sepanjang hari. Kini terdapat pelbagai jenis lip balm di pasaran, dari yang berasaskan bahan semula jadi hingga yang mengandungi pelindung matahari (SPF), pewarna lembut atau aroma menyegarkan.
EH! senaraikan 5 produk lip balm terbaik yang sesuai untuk keperluan harian anda sama ada di rumah, pejabat atau semasa melancong. Bibir sihat dan lembap bukan lagi satu trend, tetapi satu keperluan!
1. Mario Badescu Rose Lip Balm
Mario Badescu Rose Lip Balm ialah lip balm beraroma mawar lembut yang diformulasikan untuk melembapkan dan menenangkan bibir kering atau merekah. Ia mengandungi bahan semula jadi seperti rose extract, shea butter, coconut oil, sweet almond oil dan vitamin E, yang membantu melembutkan bibir dan mengunci kelembapan.
Teksturnya ringan, tidak melekit dan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk bibir sensitif. Ia bebas paraben dan gluten, menjadikannya pilihan selamat dan mesra kulit. Saiznya kompak dan mudah dibawa, sesuai untuk kegunaan harian siang dan malam.
2. Clarins Lip Comfort Oil
Satu produk yang semakin mendapat tempat dalam dunia kecantikan bibir ialah Clarins Lip Comfort Oil. Tidak seperti lip balm biasa, ia berfungsi sebagai lip treatment dan lip gloss dalam satu sapuan, memberikan keselesaan, kelembapan serta kilauan semula jadi yang menawan.
Diformulasikan dengan minyak botani terpilih seperti jojoba, hazelnut dan rosehip dan kaya dengan omega 6 dan 9 yang menyokong kesihatan kulit bibir dari dalam.
3. Rhode Skin Peptide Lip Tint (Ribbon)
Wanna be like Hailey Bieber? Ribbon adalah salah satu rona paling popular dalam rangkaian lip tint jenama Rhode ini. Warna lembutnya yang menyerupai rona merah jambu memberikan kesan segar dan feminin, sesuai untuk digunakan setiap hari.
Apa yang menjadikan lip tint ini istimewa adalah formulanya yang diperkaya dengan peptida, shea butter, minyak jojoba, dan vitamin E. Gabungan ini bukan sahaja membantu melembapkan dan melembutkan bibir, malah turut menyokong proses pemulihan bibir yang kering atau merekah.
4. SKINMADE Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen
Hear me, this is the worth to buy! Untuk mereka yang sering mengalami masalah bibir kering, merekah atau kusam, SKINMADE Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen hadir sebagai penyelamat waktu malam yang berkuasa. Diformulasikan khas untuk digunakan ketika tidur, lip elixir ini bertindak merawat, memulih dan memperbaharui tekstur bibir dengan mendalam.
Dengan kandungan pro-collagen dan bahan aktif pelembap seperti shea butter, jojoba oil dan vitamin E, produk ini membantu meningkatkan keanjalan kulit bibir, mengurangkan garis halus dan memastikan bibir kekal lembap sepanjang malam. Hasilnya dapat dirasai seawal pagi!
5. The Ordinary Squalane + Amino Acids Lip Balm
Dikenali dengan falsafah “clinical formulations with integrity”, jenama The Ordinary sekali lagi membuktikan bahawa penjagaan kulit tidak perlu rumit, termasuk untuk bibir. Squalane + Amino Acids Lip Balm ialah jawapan bagi mereka yang mencari pelembap bibir dengan formula bersih, berkesan dan mesra kulit.
Lip balm ini diformulasi dengan dua bahan utama yang memberi manfaat menyeluruh:
- Squalane — bahan pelembap yang menyerupai minyak semula jadi kulit, membantu melembapkan, melembutkan dan mengunci hidrasi tanpa meninggalkan rasa berminyak.
- Amino acids & Panthenol (Vitamin B5) — membantu membaiki lapisan kulit bibir yang rosak, menggalakkan penyembuhan dan melindungi daripada kekeringan.
Reka bentuk tiubnya juga minimalis, sesuai dengan identiti jenama!