Tidak semua haruman itu sesuai disembur di siang hari, lagi-lagi bila cuaca panas membahang. Ada haruman, baunya menjadi ‘tengik’ jika tak kena cuaca. EH! bariskan lima haruman untuk lelaki, yang sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia.

Dior Paradise
La Collection Privée hadir dengan produksi haruman baharu yang lebih segar dan tegar karakter musim panasnya. Dior Paradise haruman yang diinspirasikan daripada Château de La Colle Noire, kediaman singgah Mr Christian Dior yang terletak di selatan Perancis. Suasana persekitarannya yang menenangkan, tambahan pula dengan keindahan semula jadi- dikelilingi phon badam di sekeliling menjadikan château ini satu persinggahan paling tepat untuk merehatkan minda. RM1530 (100ml). Klik pautan DIOR untuk informasi tentang haruman ini.

Terre d’Hermès Eau de Parfum Intense
Bergamot, biji kopi dan ramuan kayu-kayan menghangatkan aroma minyak wangi mewah ini. Bagi saya yang sukakan bergamot, atau sesiap yang gemarkan percikan berunsur sitrus, Terre d’Hermès Eau de Parfum Intense memang harus dimiliki dan dijadikan koleksi. Oh lagi satu, saya memang sukakan elementary ringkas namun maskulin pada botol haruman ini, ia direka oleh Philippe Mouquet. RM890 (100ml).

Aesop Above Us, Steorra Eau de Parfum
Sebuah haruman yang sesuai untuk lelaki mahupun wanita. Aesop Above Us, Steorra EDP adalah sebuah haruman bernuansa amber, kayu-kayan dan berempah. Ia menghimpun buah pelaga (cardamon), bergamot, biji vanila, kayu manis, labdanum dalam sebuah botol, lantas menghasilkan aroma yang bersifat malar segar dalam karakter yang cukup moden. RM795.
Rabanne Invictus Elixir
Aroma bernuansa sensual hasil bahan ramuan seperti salty cypress dan caviar ini tampil dengan botol yang cukup ikonik. Persis sebuah piala, identitinya cukup kuat mendefinisi jiwa maskulin. Lebih-lebih lagi dengan campuran woody benzoin yang membuat baunya lebih maskulin dan tahan lama, haruman ini juga dimaniskan dengan bauan epal dan anggur. RM440 (50ml) dan RM590 (100ml).

Jean Paul Gaultier LeMale In Blue 125ML, RM530
Saya membesar dengan melihat iklan haruman ini sejak remaja lagi. Botolnya yang sudah menjadi signatur Jean Paul Gaultier, haruman ini dikuatkan identitinya dengan kehadiran lavender yang dianggap sebagai salah satu bahan paling bold dalam banyak-banyak ramuan minyak wangi ini. Jean Paul Gaultier LeMale In Blue adalah haruman tepat untuk musim panas yang hangat membahang ini. RM530 (125ml).

