Siapa kata mekap perlu sentiasa nampak soft dan manis? Kini, semakin ramai wanita di Malaysia berani bereksperimen denganstail solekan yang lebih bold dan gelap.
Malah, tidak semua orang rasa diri mereka sesuai dengan rona pastel atau mekap yang terlalu natural. Ada yang akan kelihatan lebih menyerlah dengan warna yang gelap, smokey eyes dan sedikit sentuhan yang dramatik.
Dark feminine look boleh memberikan aura yang lebih seksi, misteri dan confident menerusi permainan warna gelap serta solekan mata yang lebih dramatik.
Daripada smokey eyes yang tajam hinggalah rona neutral yang lebih sensual, semuanya boleh disesuaikan mengikut gaya masing-masing.
Kalau anda sedang mencari inspirasi untuk mencipta look sebegini, ini lima palet mekap yang boleh dicuba.
1. Natasha Denona Xenon Eyeshadow Palette – RM340

Cool-toned girls, this one’s for you! Dengan 15 rona cool-toned, Xenon hadir dalam gabungan kelabu, silver, hitam, icy pink dan nude yang memang sesuai untuk menghasilkan smokey eyes.
Kemasan matte, metalik dan shimmer pula memberikan lebih banyak ruang untuk bereksperimen.
Mahukan smokey eye yang klasik? Boleh. Nak sesuatu yang lebih icy dan dramatik? Juga boleh.
Untuk dark feminine look, rona kelabu dan hitam boleh menjadi asas sebelum ditambah dengan silver shimmer bagi memberikan sedikit sparkle pada mata anda.
2. Huda Beauty Pretty Grunge Eyeshadow Palette – RM380

Kalau anda sukakan dark feminine dengan sentuhan grunge, palet ini mungkin paling dekat dengan estetik tersebut.
Pretty Grunge menggabungkan 18 rona seperti mauve, coklat, eggplant, silver dan hitam bersama tekstur metalik serta shimmer yang lebih eksperimental.
Paling menarik ialah black eye gloss yang boleh digunakan untuk mencipta efek glossy dan sedikit messy pada mata.
Tak perlu terlalu berhati-hati ketika blending. Sedikit smudged eyeliner dan rona gelap pada lower lash line turut dapat melengkapkan vibe grunge yang diinginkan.
3. Pixi Eye Reflections Eye Shadow Palette – RM116

Untuk yang baru mahu mencuba look gelap, Pixi Eye Reflections boleh menjadi pilihan yang lebih mudah untuk dimainkan.
Palet 12 rona ini menampilkan kombinasi matte dan shimmer yang boleh digunakan untuk membina eye look secara berperingkat.
Mulakan dengan rona neutral pada kelopak mata sebelum menambahkan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata.
Kemudian, sentuhkan sedikit shimmer pada kelopak untuk memberikan dimensi.
Hasilnya tidak terlalu complicated, tetapi masih cukup untuk memberikan mata yang lebih defined dan alluring.
4. Makeup By Mario Master Mattes® Neutral Eyeshadow Palette – RM335

Kalau dark feminine bagi anda bermaksud mata yang sculpted, defined dan sedikit mysterious, Master Mattes® Neutral Eyeshadow Palette patut masuk dalam wishlist anda!
Palet ini menampilkan turut 12 rona matte daripada soft cream dan taupe hingga coklat, greyish brown dan intense black.
Ketiadaan shimmer menjadikannya pilihan menarik untuk menghasilkan eye makeup yang lebih bersih dan structured.
Campurkan beberapa rona coklat pada crease, kemudian intensifkan bahagian outer corner dengan warna hitam.
Padankan dengan penggaris bibir coklat dan nude lipstick untuk mendapatkan vibe supermodel 90-an yang effortless tetapi tetap sensual.
5. MAKE UP FOR EVER Artist To Go Eyeshadow Palette Mini – RM160

Saiz kompak bukan bermaksud pilihan anda terhad. Artist To Go Eyeshadow Palette Mini hadir dengan enam rona yang boleh digunakan untuk mencipta kontras pada mata.
Dengan pilihan matte dan shimmer, anda boleh membina look daripada ringkas hingga lebih pekat untuk keluar malam.
Untuk dark feminine, gunakan rona pusam paling gelap pada outer corner dan crease sebelum menambahkan shimmer pada kelopak.
Kalau mahukan sesuatu yang lebih daring, pilih keluarga warna hitam atau berry untuk memberikan mood yang lebih sultry.
Bonus point? Saiznya yang kecil memang senang disumbat dalam handbag untuk touch-up bila-bila masa.
Artikel Berkaitan: Palet Ini Akan Jadi Kegemaran Kamu Dan Jurusolek Selebriti
