Ramadan datang dengan cabarannya, dan bibir kering adalah salah satu daripadanya. Jangan biarkan ia mencuri seri senyuman anda, kekalkan kelembapan dan keyakinan dengan rangkaian pelembap bibir pilihan EH!
Bibir kering dan menggelupas memang mimpi ngeri, lebih-lebih lagi ketika berpuasa. Dengan kurangnya pengambilan air sepanjang hari, bibir mudah menjadi kering dan kusam. Jadi, apa solusinya? Pelembap bibir yang tepat mampu mengunci kelembapan, memberi kesan plumping, dan memastikan bibir kekal lembut serta sihat sepanjang Ramadan ini.
EH! senaraikan 5 pilihan pelembap bibir terbaik untuk memastikan bibir anda kekal terhidrat, plump dan bersinar sepanjang hari.
1. Hourglass Phantom Volumizing Glossy Balm Duo (RM305)
Jika anda mencari pelembap bibir yang memberi lebih dari sekadar melembapkan, Hourglass Phantom Volumizing Glossy Balm Duo adalah jawapannya! Tampil dalam dua rona eksklusif Trace 105 (bestseller) dan Mystic 150 (coral pearlescent baharu), formula inovatif ini menggabungkan kelembapan balm, effect plumping, dan kilauan gloss dalam satu sapuan. Tekstur lembutnya meluncur dengan sempurna di bibir tanpa rasa melekit, memberikan hasil bibir yang lebih penuh dan berkilau. Tambahan pula, ia adalah pemenang Anugerah Allure Best of Beauty, menjadikannya pilihan must-have untuk peminat kecantikan!
2. Lancôme Lip Idôle Squalane-12 Butterglow (RM160)
Pelembap bibir dengan 12% squalane dan ceramide ini bukan sahaja menghidratkan bibir tetapi juga membantu memperbaiki lapisan pelindung bibir dari dalam. Dengan 15 pilihan rona, teksturnya ringan dan tidak melekit, menjadikan bibir lebih lembut, licin dan sihat. Menariknya, dalam hanya 7 hari, bibir akan terasa lebih lembap dengan pengurangan masalah bibir kering hingga 27% Untuk anda yang ingin hidrasi maksimum dengan sedikit sentuhan warna, Lancôme Lip Idôle Butterglow adalah pilihan sempurna.
3. Bobbi Brown Extra Colour Shine (RM183)
Menggabungkan khasiat balm, ketahanan lipstik, dan kilauan gloss dalam satu formula ajaib, Bobbi Brown Extra Colour Shine mengandungi jojoba oil dan safflower botanical blend, teksturnya yang kaya meninggalkan bibir dengan warna penuh hidrasi dan kesan plumping yang memukau. Koleksi 15 rona seperti Nude Cinnamon dan Dragon Fruit memastikan setiap tona kulit boleh menikmati kesan bibir yang lebih segar dan menawan.
4. Paula’s Choice Pro-Collagen Peptide Gloss Balm (RM119)
Jika anda mahukan bibir yang lebih penuh tanpa rasa menyengat, pelembap ini adalah pilihan terbaik. Dirumus dengan 3X Pro-Collagen Peptide Complex, ia bukan sahaja menghidrat tetapi juga merangsang penghasilan kolagen untuk bibir yang lebih licin dan moist. Kombinasi plum seed oil, hyaluronic acid dan shea butter memastikan bibir kekal lembap hingga 24 jam hanya dengan satu aplikasi. Ideal untuk mereka yang mengalami bibir kering kronik atau garis halus di bibir.
5. The Ordinary Squalane + Amino Acids Lip Balm (RM 65)
Buat pencinta minimalis, pelembap bibir ini wajib ada dalam beg tangan anda! Dirumus dengan squalane dan asid amino, ia bukan sahaja menghidrat bibir tetapi juga boleh digunakan pada kutikula dan siku untuk kelembapan segera. Kemasannya dalam tiub boleh picit memudahkan anda mendapatkan jumlah produk yang tepat tanpa pembaziran. Kalau anda mahukan pelembap bibir yang boleh dibawa ke mana-mana, ini adalah pilihan terbaik.
Artikel Berkaitan: 5 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering