EH! senaraikan lima alat solek terbaru untuk riasan mata yang lebih menggoda berserta panduan berguna untuk solekan mata nan lebih menyerlah.
CHANEL LES 4 OMBRES BYZANCE
Chanel menerapkan unsur barok (Baroque) menerusi pilihan warna pada palet pembayang mata Les 4 Ombres Byzance. Empat palet dengan kombinasi warna berbeza membawa inspirasi dan gaya solekan yang berbeza. Warna-warna batu berharga seperti delima, rubi bersama inspirasi warna keemasan, mutiara dan tekstur berkilau menjadi persembahan palet mata popular Chanel ini. Curi ilham solekan mata yang Chanel riaskan pada mata seksi model tersohor, Vittoria Ceretti. Edisi terhad ini sudah berada di butik kecantikan Chanel atau dalam talian di pautan INI.