BOBBI BROWN LONG WEAR CREAM SHADOW STICK
Pilihan paling mudah namun menyerlah. Pena pembayang mata terkenal Bobbi Brown kini hadir dalam edisi pena dua mata- Dual-Ended Long-Wear Cream Shadow Stick. Menariknya, stik ini hadir dengan dua kemasan iaitu pusam dan yang berkilau untuk mencipta solekan mata yang lebih berdimensi. Hadir dalam tujuh gandingan warna pilihan seperti Platinum Pink- Antique Rose, Mercury Pink- Nude Beach dan Silver Pink- Bark. Harganya RM209 sebatang.