GUERLAIN OMBRES G
Guerlain hadir dengan dua palet pembayang mata (empat warna setiap palet), dan saya secara peribadinya sangat tertarik melihatkan warna yang dipersembahkan menerusi palet ini. ‘Wild Nudes’ tampil manis dengan opsyen warna merah samar dan beige yang digandingkan bersama dua warna coklat dengan dua tekstur berbeza. Manakala ‘Undressed Brown’ saya sarankan untuk anda yang berkulit coklat perang kerana warna koral, tembaga dan coklat ada dalam palet ini, dan lazimnya warna-warna ini yang membuatkan solekan mata tampil seksi. Kaunter Guerlain ada di Parkson (Pavilion & One Utama) dan di Isetan (Suria KLCC dan The Gardens Mall).