NUDIES MATTE BLUSH IN HOT FIRE BY GLAMZILLA
Kolaborasi yang menjadi pada tahun lalu membuatkan Nudestix kembali menjalin kerjasama dengan TikToker tersohor, Glamzilla atau nama sebenarnya Stephanie Valentine. Tahun ini mereka melancarkan Nudies Matte Blush in Hot Fire yang mana krim ini sangat versatil dan praktikal, boleh diluncurkan pada bibir sebagai gincu, mahupun disapu pada pipi sebagai pemerah pipi atau dicalit-calit pada kelopak mata. Harganya RM158 sebatang.