Media sosial hari ini bukan lagi sekadar tempat berkongsi content harian, ia kini telah menjadi landasan untuk mencipta jenama sendiri. Pempengaruh digital yang berusia muda telah membuktikan minat yang jelas dalam dunia kecantikan and honestly, that’s the real glow up!
Dunia digital hari ini bukan lagi sekadar ruang untuk berkongsi OOTD atau content harian. Ia telah berkembang menjadi sebuah platform di mana minat bertukar menjadi peluang. Dari video tutorial make up, sehinggalah gaya hidup seharian, pempengaruh digital bukan sahaja membina pengikut yang setia, malah kini melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan jenama kecantikan mereka sendiri.
Setiap jenama hadir dengan sentuhan peribadi, identiti yang konsisten dan mesej yang dekat di hati pengikut menjadikannya bukan sekadar produk, tetapi pengalaman yang bermakna. EH! Senaraikan lima nama pempengaruh digital muda yang berjaya mengubah minat terhadap kecantikan menjadi sesuatu yang lebih besar daripada sekadar hobi.
1. Ayra Messi – SKYRA Beauty
Sudah lama mencuri perhatian sebagai content creator, kini Ayra Messi mengorak langkah lebih jauh dengan pelancaran jenama kecantikannya sendiri SKYRA Beauty. Memulakan debut dengan rangkaian lipstick, formulasi yang selesa dipakai seharian, warna-warna yang versatil dan pembungkusan yang chic menjadikan SKYRA cepat mencipta identitinya tersendiri. Visi Ayra cukup jelas, kecantikan tidak perlu rumit asalkan yakin, satu sapuan pun sudah cukup menyerlahkan aura sebenar anda.
2. Tyra Kamaruzzaman – TK by Tyra
Konsisten sejak awal, Tyra kini memperkukuh jejaknya dengan TK yang meraikan kecantikan dalam bentuk yang lebih ekspresif, lebih daring, dan lebih real. Dari pilihan warna yang berani hingga kempen visual yang edgy, TK tidak takut bermain dengan sesuatu yang baharu. Blusher dan contour jenama ini menjadi kegemaran mereka yang mahukan statement look. Seperti empunya diri, TK adalah tentang berani menjadi diri sendiri. Terbaharu, TK memperkenalkan dua rangkaian maskara baharu bagi melengkapkan lagi koleksi kecantikan para peminat jenama ini. Sama ada anda mahukan bulu mata yang lentik tanpa comot atau tahan lasak dari pagi hingga malam, TK ada jawapannya.
3. Zenia – ZENIOR Beauty
Sentiasa tampil anggun dengan sentuhan feminin yang sofistikated, Zenia dikenali dengan wajahnya yang manis. Melalui jenama miliknya, ZENIOR Beauty, Zenia menterjemahkan gaya peribadinya ke dalam setiap inci produk dari pemilihan warna hinggalah pembungkusan yang elegan. Debut dengan rangkaian lip matte yang ringan namun berpigmen tinggi, ZENIOR pantas mencipta tempat dalam pasaran tempatan. Zenia sendiri menjadi wajah, suara dan hati kepada produk miliknya, menjadikan ZENIOR terasa peribadi, mesra dan dekat di hati pengikutnya.
4. Gajen Chandra – Chandra Skin
Gajen Chandra bukan nama asing dalam dunia digital, kehadirannya dalam dunia kecantikan menerusi jenama Chandra Skin mencipta satu dimensi baharu yang segar dan berani. Memilih untuk melangkah keluar dari norma, Chnadra Skin diperkenalkan sebagai jenama yang genderless dan inklusif. Bermula dengan lip butter dalam bentuk tube yang diformulasi khas untuk mereka yang mempunyai bibir sensitif, bebas pewangi dan seratus peratus cruelty-free. Formulanya ringan dan sesuai digunakan sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina, umur atau warna kulit.
5. Kittie Yiyi – KITTIE YIYI Beauty
Sudah dikenali sebagai pereka fesyen dengan sentuhan quirky dan penuh warna, Kittie Yiyi membawa DNA yang sama ke dalam jenama makeup miliknya, KITTIE YIYI Beauty. Palet berani, warna terang dan pembungkusan comel menjadikan setiap produk terasa seperti karya seni. Jenama ini meraikan ekspresi diri tanpa sempadan lip gloss, blusher dan palet dengan warna yang berani. Semuanya dibolehkan. Untuk mereka yang suka bermain dan bereksperimen, ini syurganya.
Artikel Berkaitan: Clean Girl Aesthetic Masih Relevan? Ini Jawapannya