1. Tatcha The Rice Wash Cleanser (RM330)
Tatcha The Rice Wash Cleanser ialah pencuci muka mewah dengan tekstur krim berbuih lembut. Diperkaya dengan beras Jepun, ekstrak algae dan pH seimbang, ia membersih tanpa menghilangkan kelembapan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, terutama kering dan sensitif, memberikan rasa segar, lembut serta bercahaya selepas penggunaan.
2. Biossance Squalane + Amino Aloe Gentle Cleanser (RM155)
Pencuci muka Biossance Squalane + Amino Aloe Gentle Cleanser ini memiliki tekstur gel ringan yang berubah menjadi busa lembut saat digunakan. Aromanya segar berasal dari bahan-bahan botanikal tanpa tambahan pewangi sintetis, menjadikannya ideal untuk kulit sensitif dan kering.
Dengan formulasi berbasis Amino Acid dan Aloe Vera Leaf Juice, produk ini menawarkan keseimbangan antara pembersihan solekan dan hidrasi tanpa mengeringkan kulit.
3. FRESH Soy Face Cleanser (RM390)
Diperkaya dengan bahan seperti Protein Soya – Membantu mengekalkan keanjalan kulit dan menjadikannya lebih halus, Air Mawar – Mempunyai sifat menenangkan dan menyegarkan kulit dan Asid Amino – Mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikannya lebih anjal, FRESH Soy Face Cleanser adalah pencuci muka yang terkenal dengan formula lembut tetapi berkesan dalam membersihkan kotoran, minyak, dan solekan tanpa mengeringkan kulit.
Ia boleh digunakan pada waktu pagi dan malam dengan mengurut lembut pada kulit yang lembap sebelum dibilas.
4. Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser (RM80)
Bebas SLS, paraben, pewangi, dan alkohol, Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser ialah pencuci muka yang diformulasikan untuk membersihkan kulit secara mendalam tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi.
Tekstur gel ringan yang bertukar menjadi buih lembut apabila dicampur dengan air ini mempunyai bahan utama seperti ekstrak buah tembikai susu – Kaya dengan antioksidan untuk menenangkan dan menyegarkan kulit serta Gliserin – mengekalkan kelembapan kulit agar tidak kering.
5. Caudalie Vinoclean Gentle Cleansing Almond Milk (RM110)
Caudalie Vinoclean Gentle Cleansing Almond Milk ialah pembersih wajah berasaskan susu yang diformulasikan untuk menanggalkan solekan, dan kekotoran dengan lembut tanpa mengeringkan kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif, kerana teksturnya yang lembut dan melembapkan.
Intipati seperti Minyak Badam Manis – Melembapkan dan menenangkan kulit, menjadikannya lembut dan segar serta Shea Butter – Memberikan kelembutan dan melindungi lapisan kulit dari kekeringan, memberi pengalaman pembersihan yang menenangkan dengan aroma badam yang lembut!