Penyamar cela atau concealer sama penting pengan foundation, dan menutup tahun 2020, kami senaraikan lima penyamar cela terbaik terbaik untuk tahun ini.
Memilih penyamar noda sama susahnya dengan mencari bedak asas. Gandingannya perlu serasi dengan kondisi juga ton kulit. Selain itu perlu tahu di bahagian mana anda akan sapukan penyamar noda yang dibeli. Adakah anda fokus kepada bahagian bawah mata, untuk menutup parut atau jerawat, atau dijadikan sebagai highlighter atau kontur. Tip mudah, jika mahu digunakan pada bahagian bawah mata atau menutup jerawat, pilihlah yang satu ton lebih terang dari warna kulit. Jika mahu dijadikan sebagai highlight, pilihlah satu ton lebih terang dari bedak asas. Dan yang selalu orang musykil ialah, yang mana dulu, bedak asas atau penyamar noda dulu. Sebenarnya dalm solekan tiada undang-undang yang tetap, makeup is art and fun. Cuma apa yang selalu saya perhatikan, ramai jurusolek profesional menggunakan penyamar noda terlebih dahulu sebelum menyapu foundation.
Tarte Shape Tape Contour Concealer
Jika lihat mana-mana video tutorial solekan, pasti kita akan terlihat kemunculan penyamar cela ini. Teksturnya yang agak pekat dan tebal menjadi kesukaan kerana litupannya menyeluruh dan betul-betul boleh menyamar cela termasuklah lingkaran gelap bawah mata. Gunakan ini jika anda tidak kisah solekan yang sedikit tebal.
Laura Mercier Flawless Fusion Ultra Longwear Concealer
Apa yang saya pernah terbaca reviu tentang concealer ini, ia punya manfaat melembapkan kulit dan liputannya juga Bagus. Teksturnya juga ringan. Saya tidak meraguinya kerana Laura Mercier memang masyhur dengan rangkaian asas solekan yang Bagus, disukai jurusolek juga bintang tersohor.
Klik: 5 Makeup Setting Spray Pilihan EH!
Nars Soft Matte Complete Concealer
Ini antara kesukaan saya. Teksturnya ringan tapi berpigmen, cukup bagus untuk menutup cela dan tonnya tidak buat kita nampak bersolek. Malah bila ada Sebarang acara saya akan gunakan ini untuk menutup kesan penat bawah mata. Usah risau, walaupun namanya ada perkataan ‘matte’, ia tidak mengeringkan kulit.
Shiseido Synchro Skin Self Refreshing Concealer
Salah satu kehebatan penyamar cela dari Shiseido ini ia bijak menyesuaikan fungsinya dengan keadaan kulit. Jika kulit terasa kering, ia bertidnak menghidrat. Teksturnya ringan namun usah ragu-ragu tentang kuasa penyamarannya, cukup bagus. Concealer ini juga punya banyak warna boleh dipilih.
Bobbi Brown Intensive Skin Serum Concealer
Jika mencari penyamar noda yang punya kebaikan seperti produk penjagaan kulit, inilah produknya. Ia bukan sahaja menutup cela Malah ia mempunyai serum yang bertindak bagaikan krim mata. Bila dipakai setiap hari ia secara perlahan-lahan merawat masalah lingkaran gelap bawah mata.