3. Ulam -ulaman
Ulam sentiasa sinonim dengan label ‘awet muda’ menyebabkan ramai orang memasukkan menu ulam seperti timun, daun selom, ulam raja, pegaga, pucuk gajus, kunyit, malah petai dan kerdas sebagai sebahagian daripada menu harian mereka. Ulam-ulaman banyak khasiat untuk penjagaan kesihatan mahupun kecantikan. Ulam juga membekalkan serat penting untuk sistem penghadaman manusia dan memudahkan perkumuhan dalaman.