Dunia kecantikan Korea atau K-Beauty terus mencipta fenomena global dan masih menjadi pilihan no.1 buat peminat kecantikan.
Falsafah K-Beauty mudah, hanya inginkan kulit sihat, lembap dan berseri secara semula jadi. Tahun ini, Amorepacific, syarikat kecantikan No.1 Korea Selatan, meraikan 20 tahun kehadirannya di Malaysia dengan penuh meriah menerusi pelancaran Amorepacific Beautyland, sebuah pengalaman kecantikan eksklusif yang berlangsung dari 20 hingga 26 Oktober 2025 di Sunway Pyramid, LG2, Blue Concourse.
Acara istimewa ini menandakan revolusi kecantikan dari luar negara pertama Amorepacific di Malaysia yang menggabungkan inovasi, seni dan kepakaran melalui tiga jenama ikoniknya iaitu Sulwhasoo, Laneige dan Innisfree.
Selama lebih lapan dekad, Amorepacific dikenali sebagai perintis dalam dunia sains kecantikan, menggabungkan keajaiban alam dan teknologi canggih untuk menghasilkan produk berprestasi tinggi.
Raikan semangat K-Beauty dengan pilihan EH!, lima produk terbaik daripada Sulwhasoo, Laneige dan Innisfree yang direka untuk setiap jenis kulit agar anda boleh menikmati kecantikan sebenar dari Korea di mana sahaja anda berada.
1. Green Tea Seed Hyaluronic Serum
Sesuai untuk: Kulit kering dan kusam
Serum kegemaran ramai ini ialah kunci kepada kulit lembap dan berseri. Diformulasikan dengan Beauty Green Tea dari Pulau Jeju dan 5 jenis Hyaluronic Acid, ia memberikan kelembapan intensif serta membantu memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus dan anjal. Teksturnya ringan, tidak melekit dan mudah diserap, menjadikannya sesuai untuk digunakan sebelum pelembap bagi mengekalkan hidrasi kulit sepanjang hari.
2. Green Tea Ceramide Milk
Sesuai untuk: Semua jenis, utama untuk kulit kering dan sensitif
Produk baharu Innisfree, Green Tea Ceramide Milk ialah essence bertekstur susu yang memberikan penghidratan mendalam dan membantu memperkuat penghadang kulit. Diformulasi dengan Super Green Tea dari Jeju dan ceramide, ia menenangkan kulit sambil mengekalkan kelembapan hingga 72 jam.
Kandungan 9 hyaluronic acid turut membantu menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan lembap tanpa rasa melekit. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan kering.
3. Sulwhasoo First Care Activating Serum
Sesuai untuk: Semua jenis kulit, terutama kulit matang
Ikon kecantikan mewah Korea ini menjadi langkah pertama dalam rutin penjagaan wajah. Diperkaya dengan JAUM Activator™, serum herba tradisional ini membantu menyeimbangkan, mencerahkan dan memperbaharui kulit. Gunakan selepas mencuci muka untuk meningkatkan keberkesanan produk seterusnya dalam rutin anda.
4. Laneige Water Sleeping Mask
Sesuai untuk: Kulit kering dan letih
Masker malam ikonik ini menyegarkan dan melembapkan kulit ketika anda tidur. Diformulasikan dengan Sleep-Tox™ dan Probiotic Complex, ia membantu menenangkan kulit dan menjadikannya lebih segar dan bersinar setiap kali bangun pagi seperti baru keluar dari rawatan spa.
5. Laneige Lip Sleeping Mask (Strawberry Shortcake)
Sesuai untuk: Semua jenis kulit bibir
Varian terbaharu ini membawa aroma manis dan menyegarkan seperti pencuci mulut sebenar! Diformulasikan dengan Berry Mix Complex™, Vitamin C dan Coconut Oil, masker bibir ini membantu menyingkirkan sel kulit mati sambil memberikan hidrasi mendalam sepanjang malam. Teksturnya lembut dan berkrim, menjadikan bibir lebih licin, lembut dan berseri keesokan paginya. Sesuai untuk mereka yang ingin menambah sentuhan manis dalam rutin kecantikan harian.
Amorepacific Beautyland: Di Mana Inovasi Bertemu Kecantikan
Bagi peminat K-Beauty, Amorepacific Beautyland merupakan destinasi yang wajib dikunjungi. Acara ini menampilkan tiga cabaran interaktif yang menyeronokkan daripada jenama utama kumpulan ini iaitu:
- Sulwhasoo – Peek-A-Pair Memory Challenge.
- Laneige – Sleeping Buddy Challenge.
- Innisfree – 3-Second Supercharge Challenge.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati treat eksklusif daripada Paris Baguette dengan setiap pembelian, serta hadiah istimewa Amorepacific Vanity Pouch bernilai RM450 apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 merentasi dua atau lebih jenama.
Tambah menarik, anda juga boleh menang sepasang tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur ke Seoul, destinasi impian pencinta K-Beauty!