EH! bertemu Sahir Sabri, jurusolek selebriti yang sering menjadi pilihan kerja-kerja editorial serta selebriti terkenal seperti Scha Alyahya dan Aina Abdul untuk update kami lima produk yang wajib berada di dalam kit solekannya.
MAKEUP FOR EVER HD SKIN BALANCING & PERFECTING FOUNDATION
Menurut Sahir dia bukan sahaja menggunakan bedak asas ini pada wajah kliennya, malah dia sendiri menggunakan bedak asas ini. “Saya sukakan teksturnya, ia sangat mudah blend pada kulit. Ia buildable, jadi saya efeknya bergantung pada aplikasi, guna sikit akan hasilkan solekan tipis, jika mahu lebih tebal boleh tambah. Lagi satu foundation ini tak oxidise.”
CLE DE PEAU INTENSIFYING LIQUID EYELINER
Sebelum ini Sahir sangat menyukai pengarais mata Tom Ford Beauty dan dia lega apabila menemui satu lagi pilihan yang setanding dengan penggaris mata itu. “Saya gunakan Cle De Peau Intensifying Eyeliner ada dua mata, dan salah satunya saya suka gunakan untuk waterline. Ada sesetengah penggaris mata cecair walaupun kalis air (waterproof), warnanya tetap transfer, tapi tidak yang ini.”
HAKUHODO YACHIYO TAPERED LARGE
“Saya beli di Osaka. Saya sukakan tekstur berusnya yang lembut, estatik dan sangat berkualiti.” Menurut Sahir lagi dia ada beberapa jenis berus yang lain dari jenama ini termasuk set mini yang sering dibawa bila ada tugasan di luar Kuala Lumpur.
NYX THE FACE GLUE GRIPPING PRIMER
Kata Sahir dia sudah lama mahu mencuba produk ini tapi sayangnya jenama ini sudah tidak lagi berada di Malaysia. Jadi kesempatannya melancong ke Los Angeles pada pertengahan tahun ini, dia terus mendapatkannya. Salah satu sebab utama mengapa dia sangat sukakan produk ini kerana ia membuatkan bedak asas terletak dengan sebaiknya. Solekan semestinya tahan lebih lama.
“Cara gunakannya mudah, sama seperti penggunaan primer biasa, hanya perlu ratakan pada seluruh wajah. Saya kerap gunakan ini bila merias Aina Abdul.”
M.PH BY MARY PHILLIPS THE OVERLIP LIP PENCIL
Kata Sahir Sabri lagi dia terinspirasi untuk membeli pensel bibir ini selepas melihat Mary Phillips menggunakan sewaktu menata rias wajah Hailey Bieber untuk ke acara MET Gala tahun ini. “Pensel bibir ini bagi efek solekan bibir seperti artis Hollywood. Ia tidak punya efek outline berlebihan. Bibir lebih pouty,” katanya.
Ikuti akaun Instagram @sahirsabri untuk lebih banyak kemas kini hasil kerja solekan terkininya.








