Tidak perlu membawa beg makeup yang besar, cukup sekadar beberapa produk bersaiz mini untuk memastikan penampilan kekal kemas sepanjang beraya. Anggap sahaja ia sebagai mini beauty kit yang sentiasa sedia membantu supaya anda kekal fresh dan glowing dari rumah pertama hingga rumah terakhir.
Musim Raya selalunya datang dengan jadual yang padat dari satu rumah terbuka ke rumah yang lain, dari menikmati juadah tradisi hinggalah sesi bergambar yang seakan tidak pernah habis. Dalam kesibukan itu, solekan yang nampak sempurna pada awal pagi kadangkala mula pudar selepas beberapa pusingan kuih raya, cuaca panas dan perjalanan sepanjang hari.
Sebab itulah penting untuk menyimpan beberapa produk kecantikan penting dalam handbag Raya anda. Dengan sedikit touch-up di antara kunjungan, solekan boleh kembali on point sebelum melangkah ke rumah seterusnya.
Tatcha Aburatorigami Japanese Blotting Papers (RM 78)
Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, blotting paper memang penyelamat ketika beraya, terutamanya selepas berada lama di luar rumah atau dalam cuaca panas. Tatcha Aburatorigami Japanese Blotting Papers membantu menyerap minyak berlebihan tanpa merosakkan solekan. Saiznya yang nipis dan compact juga memudahkan ia disimpan dalam handbag tanpa mengambil banyak ruang. Hanya tekan perlahan pada bahagian T-zone, dan wajah akan kembali kelihatan lebih matte dan segar dalam sekelip mata.

Huda Beauty Easy Bake Loose Powder Mini (RM 125)
Apabila cuaca panas dan aktiviti beraya semakin sibuk, wajah kadangkala mula kelihatan sedikit shiny. Easy bake loose powder mini ini sangat praktikal untuk disimpan dalam handbag kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Dengan tekstur yang ringan dan halus, ia membantu menyerap lebihan minyak serta memberikan kemasan matte yang kemas tanpa membuatkan solekan kelihatan terlalu tebal.

Rare Beauty Mini Rare Eau De Parfum Duo (RM 180)
Dalam kesibukan beraya dari satu rumah ke rumah yang lain, sedikit semburan wangian sudah cukup untuk membuatkan anda kembali terasa segar. Rare beauty mini Rare EDP duo ini sangat praktikal untuk disimpan dalam handbag kerana saiznya yang mini dengan dua pilihan format iaitu travel spray dan rollerball. Wangian ini menggabungkan nota caramel, vanilla dan sandalwood, menghasilkan aroma yang hangat, sempurna untuk menyegarkan semula aura anda sepanjang hari.

Anastasia Beverly Hills Magic Touch Trio (RM 212)
Kadangkala selepas seharian beraya, wajah boleh kelihatan sedikit letih. Magic touch trio ini wajar ada dalam handbag Raya anda. Produk multi-guna ini boleh digunakan pada pipi dan bibir, menjadikannya pilihan praktikal untuk touch-up pantas tanpa perlu membawa terlalu banyak produk. Dengan tekstur krim yang lembut dan mudah di blend, tiga pilihan warna dalam satu palet ini mampu memberikan sentuhan segar yang membuatkan wajah kembali segar dalam sekelip mata.

DIOR Le Baume (RM 265)
Selain wajah, tangan juga tidak kurang penting untuk dijaga terutamanya apabila sering bersalaman dengan tetamu sepanjang beraya. Dior Le Baume merupakan balm pelbagai guna yang boleh digunakan pada tangan, bibir dan bahagian kulit yang kering untuk memberikan kelembapan segera. Saiznya yang compact dan reka bentuknya yang chic juga memudahkan ia disimpan dalam handbag, menjadikannya produk praktikal untuk sentuhan penjagaan kulit sepanjang hari.

Artikel Berkaitan: Bagaikan Filter, Dior Forever Bedak Asas Mesti Ada Tahun Ini
