1. Make Over Powerstay Glazed
Make Over Powerstay Glazed telah mendapat perhatian ramai, terutamanya dalam kalangan penggemar mekap kerana kualitinya yang tahan lama dan kesan akhir yang berkilauan. Produk ini merupakan antara rangkaian terbaru Make Over dan direka khas untuk memberikan kesan bibir yang berkilau dan mungil.
Salah satu kelebihan utama produk ini ialah saya sukakan teksturnya yang ringan dan tidak melekit. Formula ‘Powerstay Glazed’ juga mengandungi bahan pelembap, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai bibir kering.
2. MAKE OVER Powerstay 24H Weightless Liquid Foundation
Direka untuk pemakaian sepanjang hari, formulasi MAKE OVER Powerstay 24H Weightless Liquid Foundation ini tahan lama dan tekstur yang ringan. Saya pasti, bedak asas ini akan menjadi kegemaran terutamanya bagi mereka yang inginkan kemasan flawless tanpa rasa berat pada kulit.
Powerstay 24H mencipta no-makeup look yang masih memberikan liputan sederhana sehingga penuh, menutup cela seperti parut jerawat, kemerahan dan ketidaksempurnaan lain.
3. MAKE OVER Powerstay Eye Palette Hall Of Stars
Pigmentasi yang tinggi adalah salah satu kekuatan utama palet ini, di mana setiap warna mudah diaplikasikan tanpa perlu mengambil terlalu banyak.
Hadir dengan reka bentuk yang elegan dan moden, MAKE OVER Powerstay Eye Palette Hall Of Stars hadir dalam kemasan matte atau berkilat yang kelihatan mewah menjadikannya ideal untuk kegunaan harian atau untuk dibawa ketika bercuti.
4. MAKE OVER Hyperblack Superstay Liner
Diberi nama “Hyperblack” kerana ia memberikan warna hitam yang pekat dan nyata hanya dalam satu calit. Pigmentasinya yang kuat, memudahkan saya mendapatkan garis mata yang tebal dan menonjol tanpa perlu melapisinya berulang kali.
Direka untuk bertahan hingga 24 jam tanpa pudar atau comot, menjadikannya pilihan sesuai untuk mereka yang mempunyai hari yang sibuk atau perlu memakai solekan sepanjang hari.
5. MAKE OVER Powerstay 24H Matte Powder Foundation
MAKE OVER Powerstay 24H Matte Powder Foundation merupakan pilihan popular di kalangan penggemar solek kerana ia menawarkan kemasan matte yang tahan sehingga 24 jam. Ia menjanjikan hasil tanpa kilauan, sesuai untuk mereka yang inginkan solekan tahan lama yang membuatkan wajah sentiasa segar sepanjang hari.
Baca : Step By Step Solekan Make Over Bersama SofeaShra & Japhet Bong