5 Produk pilihan EH!
Rare Beauty Liquid Touch Weightless Foundation, RM142
Bedak asas jenis cecair ini bertekstur ringan dan kemasannya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa anda, tipis atau tebal. Formulanya membuatkan lapisan bedak asas tidak terasa berat, ia meresap ke dalam kulit. Ia menggunakan campuran lotus botanik, bunga gardenia dan lili, menjadikan bedak asas ini juga punya manfaat pada kulit. Rare Beauty Liquid Touch Weightless Foundation terdapat dalam 32 pilihan ton.