Rare Beauty Liquid Touch Brightening Concealer, RM93
Sahap noda atau concealer ini berbeza dari yang biasa. Ia melembap, tidak kering merekah dan tidak terasa tebal walaupun anda mahukan lebih litupan. Ia mampu menyamar lingkaran gelap bawah mata, kulit nan kemerah-merahan dan berjerawat. Hasilnya kulit lebih berseri dengan kemasan yang nampak semula jadi. Menurut Selena Gomez, pada hari-hari yang dia tidak bersolek, dia akan gunakan sahap noda ini sahaja untuk menyamar jerawat mahupun warna kulit yang tidak sekata.