Rare Beauty Always An Optimist 4-in-1 Mist, RM118
Penyembur muka adalah rahsia solekan bertahan lebih lama, membuatkan wajah segar dan selesa. Penyembur wajah ini sesuai digunakan sebagai semburan sebelum bersolek, penyudah solekan atau boleh saja digunakan sebagai penyegar wajah pada bila-bila masa. Ia mengandungi bunga lili, gardenia dan lotus botanik yang bermanfaat untuk kulit. Ia juga mengandungi panthenol yang baik untuk melembapkan kulit. Menurut Selena Gomez, dia sering membawa mist ini ke mana-mana saja.