Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush, RM98
Pemerah pipi Jika kena warnanya boleh buat kita tampak lebih muda. Ada sesetengah orang akan skip pemerah pipi kerana mereka lebih sukakan kontur dan highlighter, tapi sebenarnya untuk solekan lebih segar dan ada glow, pemerah pipi adalah rahsianya. Jika mahu yang lebih semula jadi, pemerah pipi Jenis krim atau cecair adalah pilihan terbaik. Soft Pinch Liquid Blush ini ringan dan mudah dimesrakan pada buah pipi. Walaupun ia hadir dalam tekstur krim tapi kemasannya bagaikan bedak.
Artikel Berkaitan: 8 Produk Mesti Ada Dalam Kit Mekap Ady Razak