Kolaborasi Emmy Agung dan Kaka Azraff sudah lama terjalin, malah sentuhan Emmy buat Kaka mula diberi perhatian sejak single solo pertama Kaka “Bukan Hal Aku” dilancarkan beberapa tahun lalu.
Malah Emmy Agung juga menjadi jurusolek pilihan Kaka sendiri untuk meriasnya pada majlis resepsi perkahwinannya. Emmy sendiri menganggap penyanyi yang sedang popular dengan lagu “Gila’ nyanyian bersama Loca B dan Noki ini adalah muse solekannya. EH! ‘menyelongkar’ beg mekap Emmy dan ini lima item wajib dia gunakan pabila dia merias Kaka Azraff.
1- IT COSMETICS, CONFIDENCE IN A CREAM HYDRATING MOISTURIZER- Bila ada tugasan penggamabaran dengan Emmy, saya lihat dia memang setia dengan krim pelembap yang satu ini. Kata Emmy apa yang dia sangat suka tentang pelembap ini ia melembapkan kulit dengan pantas dan dalam masa yang sama ia tidak keterlaluan, sesuai dengan cuaca kita. “Selepas semburkan face mist, saya akan sapu rata krim pelembap ini pada seluruh muka Kaka. Kemudian barulah saya mula menyapukan bedak asas dan concealer.”
2- MAKEUP FOR EVER AQUA XL EYE PENCIL (MATTE BLACK), RM108- “Saya sukakan pensel mata ini sebab teksturnya meluncur laju dan lembut pada mata. Mata penselnya yang halus juga memudahkan saya membuat pelbagai gaya solekan. Dan untuk Kaka yang adakalanya berpeluh sewaktu melakukan persembahan pentas atau penggambaran video muzik, pensel mata ini tidak mudah comot. Jadi solekan kekal kemas.”
Klik untuk Tip Cantik Kaka Azraff
3- LAURA MERCIER CAVIAR VOLUME PANORAMIC MASCARA- “Saya sukakan maskara ini bukan sahaja kerana ia membuatkan bulu mata kelihatan volum dan panjang malah dia membuatkan bulu mata melentik dengan ‘kembang’ bagaikan kipas tangan. Saya juga sukakan warnanya yang betul-betul hitam. Kaka mempunyai sepasang mata yang cantik, adakalanya menggunakan maskara ini sudah mencukupi, tak perlu bulu mata palsu.”
4- NARS BRONZING POWDER (LAGUNA)- Rata-rata jurusolek yang saya temui memang menyenangi bronzer dari Nars ini. “Saya sukakan bronzer in kerana teksturnya tidak terlalu berkilat. Saya gunakannya untuk mencipta kontur pada hidung, pipi dan tulang rahang Kaka. Bronzer ini juga pun sudah banyak memenangi anugerah kecantikan di seluruh dunia.”
5- CHANEL BAUME ESSENTIAL MULTI-USE GLOW STICK, RM175- “Saya gunakan stik ini sebagai highlighter. Saya sapukan pada tulang pipi dan sedikit pada batang hidung. Saya juga sapukan pada kelopak mata sebelum saya menyapu pembayang mata. Ia juga bagus dijadikan sebagai eye shadow base.”