Tidak dinafikan kerabat Diraja Britain mempunyai akses kepada sumber kecantikan dan kesihatan terbaik di dunia.
Kerabat Britain menghirup udara bersih dan segar di Balmoral, mengikuti diet yang dipantau chef terkemuka, serta mempunyai jurulatih kesihatan dan perunding kecantikan yang sentiasa bersedia memberi khidmat terbaik.
Namun begitu sama seperti rakyat jelata, mereka juga mengharapkan bantuan daripada produk dan servis kecantikan untuk penjagaan diri.