Mood percutian semakin berkobar-kobar, dan musim bertukar-tukar hadiah juga semakin hampir. EH! bariskan mengapa anda perlu menimbang-tara untuk mendapatkan koelksi percutian Chanel sebagai bingkisan tahun ini.
LAMBANG-LAMBANG YANG MEMIKAT

Singa, bunga camelia, komet, gandum dan mutiara kini diilhamkan semula menjadi ‘bintang-bintang’ yang menyinari langit malam. Lima ikon atau simbol yang sebati dengan rumah fesyen Paris ini diabadikan sebagai satu objek penyeri koleksi musim percutian. Lambang-lambang ini adalah rujukan arah yang akan membawa anda memilih bingkisan paling secocok tahun ini.
BODY OIL SAIZ JUMBO
Minyak badan Chanel antara yang menjadi kesukaan ramai. Mengapa? Kerana minyaknya meresap pantas dan tidak meninggalkan rasa yang melekit-lekit. Walaupun dalam suasana persekitaran yang panas-lembap (humid), ia masih selesa dipakai.

Istimewa musim percutian Chanel hadirkan dua minyak badan dalam saiz 250ml. N°5 The White Gold Body Oil menyerlahkan kilauan kulit sambil membalutnya dengan aroma sensual buket bunga abstrak N°5. Botolnya yang ringkas namun mewah menampilkan partikel mutiara bernada emas putih untuk sentuhan seri yang memukau.
Minyak badan Coco Mademoiselle pernah tular di TikTok dan untuk musim percutian ini Chanel hadirkan dalam versi Pearly Body Oil. Dengan minyak ini, bukan sahaja bau tubuh lebih harum, malah kulit juga tampil lebih berkilat dan bersinar. Dan menariknya ia hadir dalam saiz botol 250ml.
2 IKON DALAM BENTUK PURSE SPRAY
N°5 Eau de Parfum versi purse spray pula hadir dengan aksesori baharu yang melengkapi kemasan keemasannya. Rantai perhiasan yang menampilkan nombor kegemaran Gabrielle Chanel 5 dan komet, salah satu simbol rumah CHANEL yang hanya segelintir bertuah dapat melihatnya. Dengan hanya satu putaran, purse spray ini menghasilkan jejak haruman sensual sepanjang hari.
Masakan lengkap koleksi percutian tanpa suntikan mutiara sebagai hiasan. Coco Mademoiselle Eau de Parfum Intense purse spray (7ml, ada 3 setiap set)) disempurnakan dengan rantai mutiara sebagai ‘aksesori’ pelengkap. Rantai ini boleh dipakai dan ditanggalkan dengan mudah, lantas menjadikan rejim menyembur haruman lebih istimewa.
BLUE DE CHANEL PARFUM DALAM SAIZ 300ML

Haruman aromatik kayu-kayan ini memang sudah menjadi simbol kelakian di Chanel. Ini adalah ‘singa’ di Chanel, yang mana kita tahu singa adalah haiwan kesukaan Gabrielle Chanel memandangkan dia sendiri berbintang Leo. Bagi penggemar setia haruman ini, inilahw aktu terbaik untuk memiliki Bleu De Chanel Parfum saiz botol 300ml.
SARUNG/BUNGKUSAN EKSKLUSIF
Haruman ikonik Chanel dari N°5 , Coco Mademoiselle hingga ke Chance koleksi minyak wangi Chanel tampil dengan sleeve yang eksklusif. Bungkusan atau sarung dalam warna putih mutiara berhias dengan cetakan emas dan perak, seiring dengan mood musim percutian yang sedang membara.
Bagi haruman lelaki pula seperti Allure Homme Sport dan Bleu De Chanel, haruman segar dan maskulin ini, masing-masing tampil dalam sarung biru gelap dengan sentuhan emas dan perak yang berkilau.
FOTO BELAKANG TABIR KEMPEN PERCUTIAN CHANEL
EH! kongsikan beberapa keping gambar belakang tabir pembikinan kempen Holiday Collection ini yang penuh fantasi.









